Penyanyi Bella Astillah mendedahkan bahawa bekas suaminya, Aliff Aziz, tidak pernah menghubunginya untuk bertanya khabar mengenai anak-anak mereka.
Menurut laporan mStar, Bella berkata dia tidak kisah dengan tindakan Aliff dan merasakan itu adalah yang terbaik.
“Sejak kejadian dahulu sehingga kini, tiada satu mesej, panggilan telefon atau DM daripada dia.
Tapi saya tidak pertikai atau marah. Saya rasa lebih baik begini,” katanya.
Bella juga menyatakan bahawa anak-anak mereka tidak pernah mencari atau bertanya tentang keberadaan bapa mereka ketika diajukan soalan oleh pihak media.
“Alhamdulillah, anak-anak tidak mencari. Sebagai ibu, saya takut jika mereka fikir yang bukan-bukan, tetapi sekarang mereka fokus pada pelajaran,” tambahnya.
Selain itu, Bella turut mengakui bahawa dia sudah tidak peduli dengan perkembangan terkini mengenai Aliff.
BACA: Doktor pakar Lahad Datu habisi nyawa sendiri, akhirnya Menteri KKM bersuara