Bagi yang baru nak berjinak dengan tanaman sebolehnya tidak mahu menggunakan racun serangga di pasaran kerana bimbang dengan bahan kimia.
Maka ramai mula mencari jalan lain untuk membuat racun serangga organik yang selamat supaya hasil tanaman boleh dimakan tanpa ragu-ragu.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Tieok Eng menerusi halaman ‘Berkebun Di Laman Rumah’ tentang cara membuat racun serangga organik.
“Hari ini saya nak kongsi cara buat racun di rumah sahaja, pernah terbaca dekat Facebook
cara ini berjaya halang ulat-ulat putih hinggap di pokok.
“Paling penting, sayur yang dimakan selamat daripada racun yang bahaya untuk manusia, racun ini sesuat untuk pokok bunga juga,” jelasnya di Facebook.
Cara buat racun organik guna nasi
Bahan-bahan:
Nasi (tak kisah nasi semalam atau nasi baru masak)
Botol plastik
Air cucian beras yang pertama
Cara-caranya:
1. Ambil tiga senduk nasi dan ramas-ramas.
2. Masukkan nasi yang diramas tadi ke dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama.
3. Jangan letak penuh, supaya tak meletup.
4. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.
5. Disarankan sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.
Selamat mencuba!
Baca juga: ‘Nampak tua, macam aplikasi tahun 1997’ Laman web MyDigital ID dikecam netizen
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio