Netizen sindir Terengganu FC macam GISBH tak bayar gaji pemain bola

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pasukan Terengganu FC mengakui masih terdapat baki tunggakan gaji yang belum dijelaskan kepada bekas penyerang import dari Thailand, Adisak Kraisorn.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, TFC menafikan adanya tunggakan enam angka seperti yang dilaporkan

oleh salah satu media sebelum ini, dan menegaskan bahawa tunggakan tersebut hanyalah lima angka.

“Terengganu FC menafikan mempunyai tunggakan gaji sehingga enam angka. Pihak TFC

mengakui masih belum menjelaskan gaji Disember 2023 yang melibatkan jumlah lima angka sahaja.

Netizen sindir Terengganu FC macam GISBH tak bayar gaji pemain bola

“Tahanan bayaran dibuat bagi memperhalusi pelbagai perkara melibatkan pemain dengan pihak ketiga seperti sewaan rumah, kenderaan, dan hal-hal lain sebagaimana termaktub dalam kontrak.

“Tuntutan selebihnya melibatkan pendahuluan diri, tiket penerbangan, dan yuran tandatangan yang berjumlah lima angka sahaja. Ini berada dalam kemampuan TFC untuk menyelesaikannya.

“Pada 31 Ogos 2024, FIFA telah mengeluarkan surat arahan penyelesaian dalam tempoh 45 hari, iaitu dijangka sehingga 15 Oktober 2024. TFC sedia maklum dan tindakan penyelesaian akan dilakukan dalam tempoh yang diberikan. Pihak kelab sentiasa berhubung dengan pemain serta ejennya.

“Untuk makluman, Terengganu FC tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan serius daripada FIFA sebelum ini, dan segala notis serta arahan sentiasa dipatuhi,” dipetik daripada kenyataan kelab.

Arena Metro melaporkan bahawa Adisak Kraisorn belum menerima baki gaji sebanyak enam angka, yang mana perkara ini didedahkan oleh peguam sukan yang mewakili Adisak, Syed Nur Aiman.

Selain Terengganu, Kuala Lumpur City (KL City) juga berpotensi dikenakan sekatan perpindahan oleh FIFA jika gagal menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Sebastian Avanzini.

Kedua-dua pasukan perlu menyelesaikan segala tunggakan yang ada dalam tempoh 45 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 20 September lalu.

Malaysia sememangnya terkenal dengan isu tunggakan gaji, dan beberapa pasukan Liga Super sebelum ini pernah dikenakan sekatan perpindahan oleh FIFA, antaranya TRW Kelantan, Perak, dan Sarawak United.

BACA: ‘Tak sedar diri, takde siapa kisah dengan kewujudan korang!’ Fasi orientasi uni ‘purple’ dikecam netizen