32 tahun terlepas pandang, tugu sejarah tersilap nama pahlawan negara

Oleh FAHMI ABBAS

Aktivis sejarah Mohd Azlan Mohd Sharif menyatakan terdapat kesilapan pada nama seorang anggota polis

Mereka yang diabadikan di Tugu Peringatan Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

Menurut Mohd Azlan, yang juga merupakan ahli seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysia,

nama Allahyarham Mohd Nor Tumin tertulis sebagai “Mohd Nordin Tumin” pada tugu tersebut, dan UUM perlu memperbetulkan kesilapan itu.

Difahamkan, Allahyarham adalah antara lapan anggota polis hutan yang terkorban dalam satu serangan hendap Komunis

32 tahun terlepas pandang, tugu sejarah tersilap nama pahlawan negara

pada tahun 1975 di kawasan sekitar Bukit Kayu Hitam, yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Allahyarham dikebumikan di Senggarang, Batu Pahat dan meninggalkan seorang balu.

Mohd Azlan menyatakan bahawa dia sebelum ini tidak mengetahui tentang kewujudan tugu tersebut, walaupun telah membuat pembentangan mengenai perjuangan anggota polis hutan melawan Komunis dalam satu webinar dalam talian kira-kira dua bulan lalu.

“Saya mendapat tahu mengenai kesilapan nama Allahyarham wira polis itu di tugu Peringatan Sintok daripada Haji Jasman, adik ipar kepada Allahyarham Mohd Nor Tumin.

“Gambar tugu tersebut dikongsi kepada saya dan saya terkejut melihat kesilapan nama yang tertulis sebagai ‘46768 Mohd Nordin Tumin’, sepatutnya ditulis ‘46768 Mohd Nor Bin Tumin’,” katanya.

“Sudah 32 tahun sejak tugu peringatan dirasmikan, adakah ketika itu pihak yang bertanggungjawab terlepas pandang mengenai kesilapan nama ini?” soalnya.

BACA: Tular video aksi terlarang Ustaz dan pelajar perempuan di Madrasah