Lelaki tak perasan tolong bayar bil elektrik jiran selama 18 tahun

Oleh FAHMI ABBAS

Seorang lelaki di California dilaporkan secara tidak sengaja telah membayar bil elektrik kediaman jirannya selama hampir 18 tahun.

Menurut ABC, Ken Wilson mula berpindah ke sebuah apartmen di Vacaville pada tahun 2006

Dan dipercayai telah mula ‘membayar’ bil bagi pihak jirannya sejak tahun 2009.

Perkara itu hanya disedari oleh Wilson apabila dia merasakan sesuatu yang aneh

selepas berlakunya peningkatan mendadak dalam jumlah bil elektrik yang perlu dibayarnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Lelaki tak perasan tolong bayar bil elektrik jiran selama 18 tahun

Sebelum membuat laporan kepada pengendali utiliti, Pacific Gas and Electric (PG&E), Wilson dikatakan telah berusaha mengurangkan penggunaan elektrik selama beberapa bulan.

Lelaki ‘pemurah’ ini, yang telah membayar bil elektrik jirannya hampir 18 tahun, turut menggunakan peranti khas untuk memantau jumlah watt yang digunakan oleh peralatan elektrik di rumahnya.

“Walaupun selepas saya mematikan pemutus litar, saya terkejut kerana elektrik masih mengalir seperti biasa,” kata Wilson.

Terkejut dengan apa yang berlaku, Wilson kemudian mengadu situasinya kepada PG&E. Syarikat itu kemudiannya menghantar wakil ke kediaman Wilson untuk melakukan pemeriksaan dan mereka menemui sesuatu yang tidak dijangka.

Menerusi satu kenyataan, PG&E mengesahkan bahawa Wilson tanpa disedari telah membayar bil elektrik untuk rumah jirannya selama hampir 18 tahun.

“Siasatan awal kami mendapati nombor meter untuk apartmen pelanggan ini telah dibilkan kepada kediaman lain, disyaki berlaku mungkin sejak tahun 2009,” kata jurucakap syarikat tersebut.

PG&E kemudian mengaku kesilapan itu dan sedang berusaha menyelesaikan isu berkenaan dengan pelanggan yang terjejas.

Dalam perkembangan terbaru, PG&E memaklumkan bahawa pembetulan telah pun dibuat pada meter di apartmen milik Wilson. Malah, syarikat itu juga telah mengkreditkan lebih USD600 ke dalam akaun PG&E milik pelanggan tersebut.

Syarikat itu seterusnya menggesa mana-mana pelanggan mereka yang bimbang dengan bil elektrik masing-masing untuk memeriksa meter elektrik di kediaman mereka.

Pengguna boleh mengesahkan dengan membandingkan nombor yang tertera pada bil bulanan dengan nombor pengenalan pada meter elektrik.

BACA: Akhirnya terjawab kenapa minyak paket kurang dalam pasaran