Poster Universiti Malaya diserang netizen Indonesia, rupanya ada plot twist

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Ketika anda membaca artikel ini, nama Universiti Malaya (UM) sedang trending di Facebook.

Ini semua berlaku kerana poster sambutan pelajar baharu ke kampus itu tular dan menjadi bualan ramai.

Namun, timbul dakwaan warganet bahawa poster tersebut bukanlah ‘idea asli’ daripada UM.

Sebaliknya, ia didakwa ‘ciplak’ poster yang dibuat oleh Universiti Indonesia (UI).

Warganet mendakwa perkara ini telah menarik perhatian netizen Indonesia dan dijadikan bahan ketawa mereka.

Poster Universiti Malaya diserang netizen Indonesia, rupanya ada plot twist

Hasil perbandingan antara poster Universiti Malaya dengan Universiti Indonesia yang dimuat naik pada bulan Julai lalu menunjukkan bahawa ia sangat mirip, walaupun terdapat sedikit perbezaan.

Antaranya, poster UM mempunyai ucapan ‘Tahniah’, manakala UI tidak mempunyai ucapan tersebut. Di sebelah logo UI terdapat logo sebuah program di sana, sementara di sebelah logo UM pula kosong.

UM menggunakan font standard untuk tarikh sesi kemasukan pelajar, sementara UI menggunakan font beralun.

Pada ruangan bawah pula, UM menyenaraikan semua akaun media sosial mereka, manakala UI hanya berkongsi laman sesawang rasmi mereka.

Dalam kemas kini hantaran poster kampus tempatan yang tular itu, UM mengakui bahawa rekaan poster tersebut diilhamkan daripada idea asal universiti dari Indonesia berkenaan.

Menjengah maklum balas daripada netizen, ada yang kurang senang apabila mendapati bahawa ia bukanlah idea asli UM.

Pada masa yang sama, ada juga berpendapat bahawa rekaan tersebut sememangnya satu trend dan tidak salah bagi UM untuk turut menggunakan rekaan poster tersebut.

BACA: Subsidi murid sekolah bakal dihentikan? Ini golongan yang terjejas