Ringgit diramal cecah RM3.80 hujung tahun 2024, ini kesan yang bakal rakyat hadapi

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Mata wang setiap negara mempunyai nilai yang berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa, termasuk Ringgit Malaysia.

Baru-baru ini, Ringgit menunjukkan peningkatan apabila dibuka lebih tinggi berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD).

Peningkatan nilai Ringgit ini didorong oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan,

serta pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Usaha kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekonomi negara juga turut menyumbang kepada pengukuhan ini,

Ringgit diramal cecah RM3.80 hujung tahun 2024, ini kesan yang bakal rakyat hadapi

dengan jangkaan nilai Ringgit boleh mencecah RM4.07 berbanding USD.

Namun, pernahkah anda terfikir tentang kesan pengukuhan Ringgit ini terhadap ekonomi negara dan rakyat? Berikut adalah lima kesan utama yang perlu difahami.

1. Kelebihan Mata Wang Ringgit Tinggi

Kos pelancongan ke luar negara lebih rendah

Dengan penurunan nilai USD, kos pelancongan ke negara yang menggunakan mata wang tersebut akan menjadi lebih murah. Ini membolehkan rakyat Malaysia merancang perjalanan ke luar negara dengan kos yang lebih rendah, kerana nilai Ringgit yang lebih kukuh.

Sebagai contoh, kadar pertukaran Ringgit ke USD akan memberikan nilai yang lebih baik, menjadikan perbelanjaan lebih menjimatkan.

2. Barangan import lebih murah

Penurunan nilai USD akan mengurangkan kos barangan import seperti elektronik, pakaian, dan kereta. Secara tidak langsung, kuasa beli pengguna akan meningkat seiring dengan peningkatan nilai Ringgit.

Dalam bahasa yang mudah, rakyat dapat menikmati atau membeli barangan luar negara dengan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.

3. Harga minyak lebih stabil

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengukuhan Ringgit turut mempengaruhi harga minyak global. Ini kerana negara yang sangat bergantung kepada eksport minyak mentah atau import tidak akan terkesan dengan harga komoditi.

Lebih-lebih lagi, transaksi minyak dijalankan menggunakan sistem petrodollar. Keadaan ini memberikan keuntungan kepada pengguna dalam negara, termasuk mereka yang memiliki kenderaan sendiri.

4. Peningkatan kemasukan pelabur asing

Nilai Ringgit yang lebih kukuh akan menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam negara.

Pelaburan asing bukan sahaja memberikan pulangan yang baik kepada pelabur, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Ini seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

5. Mata wang Rizab dunia melemah

Penurunan nilai USD sebagai mata wang rizab dunia akan menyebabkan permintaan terhadapnya berkurang.

Sebaliknya, lonjakan nilai Ringgit akan meningkatkan daya saing ekonomi negara, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang asing.

BACA: Ringgit terus mengukuh, cecah RM4.11 berbanding 1USD