Dengar lagu kebangsaan dalam kereta, wanita berhenti tengah jalan, keluar kereta untuk beri hormat

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Sebuah video yang dirakam menjadi perbincangan hangat di media sosial apabila seorang wanita berhenti di persimpangan jalan

, keluar dari keretanya, dan berdiri tegak sebagai tanda hormat ketika lagu kebangsaan dimainkan pada waktu pagi.

Dalam rakaman tersebut, sebuah kereta Nissan berwarna perak dilihat berhenti di tengah-tengah persimpangan dengan lampu kecemasan menyala.

Tindakan pemandu kereta tersebut, seorang wanita berbaju hijau, menarik perhatian apabila dia keluar dari kenderaannya

untuk berdiri tegak di tepi jalan, sementara pintu kereta dibiarkan terbuka.

Dengar lagu kebangsaan dalam kereta, wanita berhenti tengah jalan, keluar kereta untuk beri hormat

Wanita itu kelihatan berdiri tegak selama beberapa saat sebelum membongkok beberapa kali sebagai tanda hormat.

Selepas itu, dia kembali masuk ke dalam keretanya dan meneruskan pemanduannya. Peristiwa ini berlaku sekitar jam 8 pagi waktu tempatan, di mana lagu kebangsaan Thailand dimainkan di seluruh negara setiap hari sebagai satu bentuk penghormatan.

Walaupun niat wanita tersebut adalah untuk menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan, pemandu yang merakam insiden itu berpendapat bahawa tindakan wanita tersebut agak berlebihan. Dalam video itu, terdengar gelak kecil daripada pemandu tersebut yang terhibur dengan aksi spontan wanita berkenaan.

Pengguna TikTok @piyanuttfc juga turut bergurau dalam kapsyen videonya, “Telefon bos, beritahu akan lambat masuk kerja hari ini. Kalau dia tanya kenapa lambat, saya cakap sebab berhenti tunggu kereta depan tengah hormat lagu kebangsaan,” tulisnya dengan nada berseloroh.

Tindakan wanita ini, yang mungkin dilihat sebagai terlalu naif atau ‘patriotik’ bagi sesetengah pihak, telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ada yang memuji sikap hormat wanita tersebut terhadap negaranya, manakala ada juga yang menganggap ia sebagai sebuah jenaka.

Dalam budaya Thailand, lagu kebangsaan dimainkan dua kali sehari, pada jam 8 pagi dan 6 petang, di tempat awam dan di televisyen.

Ketika lagu ini dimainkan, rakyat Thailand biasanya akan berdiri tegak sebagai tanda hormat, tidak kira di mana mereka berada.

BACA: Demi tukar tayar motor pecah, warga emas terpaksa jual penutup subang milik isteri