Demi tukar tayar motor pecah, warga emas terpaksa jual penutup subang milik isteri

Oleh FAHMI ABBAS

Tindakan seorang warga emas menjual penutup subang isterinya di sebuah kedai emas di Kuantan mengundang sebak orang ramai.

Kakitangan kedai emas tersebut memaklumkan bahawa lelaki itu yang merujuk dirinya sebagai ‘pak cik’

turut bertanya tentang pulangan yang akan diperolehi jika barang tersebut dijual.

“Kena periksa juga guna asid. Nak tengok emas atau tidak.

Dua-dua asid kita titis, semua warna kekal. Jadi memang betul 916,” katanya di Facebook.

Demi tukar tayar motor pecah, warga emas terpaksa jual penutup subang milik isteri

Dengan berat 0.19 gram, barang tersebut dinilaikan sebanyak RM57, namun kakitangan kedai berkenaan menggenapkan jumlahnya kepada RM60, membuatkan lelaki itu gembira.

“Alhamdulillah dik, nak tukar tayar motosikal pak cik sebab dah pecah,” kata lelaki itu ringkas.

Hantaran tersebut mengundang sebak di hati orang ramai, malah ada juga yang berkongsi pengalaman serupa.

“Sama macam kisah saya. Terpaksa buka subang sepasang bagi suami gadai dekat kedai emas yang jauh dari tempat kereta kami rosak. Sudah la tengah bawa bayi baru lahir keluar dari hospital lepas bersalin,” kongsi seorang pengguna.

“Aku tak boleh betul la benda-benda macam ni,” luah Shikon Shafei.

“Menitik air mata saya. Terbayang ayah sendiri bila perlukan pertolongan. Semoga pak cik ini sihat selalu, dipermudahkan urusan mencari rezeki,” kata seorang lagi netizen.

BACA: ‘Bakal suami bagi syarat lepas kahwin kena jadi perempuan kampung, tak boleh mekap, rupanya ini niat dia yang sebenarnya’