Lagi kes lubang benam, kali ini di stadium pula, ‘game’ bola terpaksa ditangguh

Oleh FAHMI ABBAS

Perlawanan bola sepak Piala Carabao antara pasukan Newcastle United dan AFC Wimbledon terpaksa ditangguhkan

akibat banjir semalaman yang mengakibatkan terbentuknya lubang benam di sebuah padang di London, lapor akhbar Metro UK.

Lubang benam tersebut muncul sekitar pagi semalam di Stadium Cherry Red Records di Wimbledon.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan keadaan banjir yang teruk di sekitar stadium, sehingga menghalang pintu masuk.

Satu lagi rakaman memperlihatkan kerosakan besar pada padang Plough Lane,

Lagi kes lubang benam, kali ini di stadium pula, 'game' bola terpaksa ditangguh

dengan beberapa lubang benam yang menyerupai ‘padang golf mini’.

“Dengan dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa banjir besar semalaman di River Wandle dan kawasan sekitar, termasuk Stadium Cherry Red Records, telah menyebabkan perlawanan pusingan ketiga Piala Carabao terpaksa ditangguhkan.

“Stadium juga ditutup sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian,” kata pihak AFC Wimbledon.

Pasukan Newcastle mengesahkan bahawa perlawanan akan diatur semula di Stadium St James’ Park pada 1 Oktober ini.

BACA: ‘Teliti sebarang kesalahan GISBH’ Sultan Selangor titah percepat proses tindakan