‘Semalam ada orang datang meminang saya lagi’ Ustaz Wadi dedah pernah berkahwin

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Siapa sangka pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar, pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini,

Dan hal ini diakui sendiri olehnya selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai statusnya.

Dalam satu klip di TikTok, Ustaz Wadi menjelaskan dalam podcast “Apa Cerita?”

Bahawa dia pernah berkahwin selepas pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun menuntut ilmu di luar negara.

“Sudah berkahwin dahulu selepas balik, alhamdulillah, selepas saya kembali (dari menuntut ilmu) pada tahun 2008, lebih kurang pada tahun 2009.

'Semalam ada orang datang meminang saya lagi' Ustaz Wadi dedah pernah berkahwin

Kemudian, beberapa tahun, dan bahtera perkahwinan itu tidak lama,” katanya.

Pendakwah tersebut juga menyatakan bahawa perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dan kanak-kanak yang sering mengikutnya berdakwah adalah anak jiran.

Namun, Ustaz Wadi mendedahkan bahawa sebelum ini ada wanita yang melamarnya, tetapi dia menolak dengan baik kerana hatinya belum terbuka untuk berumah tangga semula.

Melihat di ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen mendoakan agar pendakwah itu dipertemukan dengan jodoh yang baik dan berharap agar semua urusannya dipermudahkan.

BACA: 4 anak perempuan Abuya antara yang ditahan Polis