Kedah dilanda musibah, Menteri Besar bersenang-lenang di Jepun bersama isteri baru?

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

“Terdapat khabar tular di media sosial yang mengatakan Menteri Besar sedang bercuti di luar negara bersama isteri

Tatkala beberapa daerah di negeri ini dilanda bencana banjir dan ribut.

Memang benar Menteri Besar berada di luar negara, namun bukan atas tujuan bercuti atau melancong seperti yang didakwa.

“Kunjungan beliau ke Kumamoto City, Jepun adalah atas urusan rasmi untuk mempelajari pengurusan operasi takungan bawah tanah di wilayah tersebut.

“Ini kerana satu projek alternatif akan dijalankan di Langkawi untuk mendapatkan bekalan air

Kedah dilanda musibah, Menteri Besar bersenang-lenang di Jepun bersama isteri baru?

dari sumber bawah tanah bagi memenuhi keperluan pengguna di Pulau Permata Kedah sehingga tahun 2040.

“Projek ini adalah di bawah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Projek membina empangan air bawah tanah di Langkawi yang dijangka siap pada tahun 2028 ini adalah yang pertama di Asia Tenggara,” jelas kenyataan itu.

“Lawatan ini telah lama diatur sejak keputusan dibuat dalam mesyuarat LSANK bertarikh 1 April 2024. Delegasi Kerajaan Negeri Kedah berangkat ke negara matahari terbit tersebut pada 17 September sebelum banjir besar melanda Kedah.

“Ketiadaan Menteri Besar di tanah air tidak akan menjejaskan operasi bantuan kerana agensi kawalan, bantuan, dan keselamatan yang ada di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan diyakini mampu menangani situasi ini dengan efisien.

“Walaupun berada di luar negara, Menteri Besar sentiasa mengikuti setiap perkembangan bagi memastikan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir ditangani dengan cepat dan berkesan,” katanya.