Pemimpin sayap Pemuda PAS disarankan untuk berkahwin dengan wanita bukan Melayu sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan daripada golongan bukan Melayu.
Setiausaha Pemuda PAS Selangor, berkata taktik sedemikian boleh membantu parti itu memenangi bukan sahaja puluhan, tetapi ratusan undi.
“Kami (Pemuda PAS) di Selangor ada cadangan. Tapi Ketua Pemuda PAS (Afnan Hamimi Taib Azamudden) tak ada pula.
“Kita nak cadangkan supaya kepimpinan Pemuda ini perlu berkahwin rentas kaum ataupun rentas budaya. Kenapa?
Kerana apabila kita berkahwin merentas kaum ataupun budaya, kita bukan sekadar boleh menangkap satu undi
, tapi insya-Allah kita akan menangkap 10 bahkan ratusan undi daripada bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya dalam Muktamar PAS ke-65 hari ini.
Ucapan Aubidullah itu disambut dengan gelak tawa dan suasana riuh rendah daripada hadirin.
Beliau juga menambah, perwakilan Pemuda PAS Selangor “mencabar” Afnan dan ahli jawatankuasa pusatnya untuk menyahut cadangan tersebut.
Aubidullah turut berseloroh bahawa Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, akan mendahului langkah tersebut.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Aubidullah menggesa ahli Pemuda PAS untuk mula berusaha meraih sokongan daripada pengundi muda dengan menggunakan pelbagai platform popular dalam kalangan golongan tersebut.
Ini termasuk aktiviti e-sukan, yang menurutnya mempunyai pengikut yang ramai. Pemuda PAS boleh melibatkan ahli yang mahir dalam bidang ini untuk mendekati peminat e-sukan
BACA: Intan Najuwa diejek rambut macam kekasih Popeye, lain pula jadi bila tuan badan sekolahkan netizen
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio