Kebanyakan masyarakat masa kini gemar menceburi bidang hartanah.Begitu juga dengan seorang lelaki dari wilayah Shaanxi, China,
Dia yang sanggup membelanjakan 14 juta yuan atau kira-kira RM8.5 juta bagi membeli sebuah vila kosong seluas 375 meter persegi pada tahun 2018.
Berkongsi kisahnya, lelaki yang dikenali sebagai Bai pada awalnya berhasrat menjadikan vila tersebut sebagai lokasi perkahwinan.
Namun, selepas berjaya membeli vila itu, dia tidak melakukan sebarang pengubahsuaian, hiasan dalaman, atau pemeriksaan.
Malah, Bai telah membiarkan vila tersebut kosong selama enam tahun, walaupun dia tetap membayar cukai hartanah kosong setiap tahun yang bernilai lebih 17,000 yuan (kira-kira RM10,400).
Selepas sekian lama, Bai akhirnya memutuskan untuk mengunjungi vila tersebut pada Mei lalu.
Apabila menjejakkan kaki buat pertama kali di kediaman itu, dia terkejut dengan kehadiran peralatan pembersihan dan beberapa tong sampah yang menjadikan vila tersebut seolah-olah tapak pelupusan.
Pelik dengan keadaan itu, dia kemudian memeriksa ruang bawah tanah untuk mendapatkan kepastian.
Lebih mengejutkan, bilik yang sebelum ini berkunci telah terbuka, mengesahkan bahawa vila tersebut telah dicerobohi secara haram.
Hasil siasatan mendapati penceroboh itu adalah kakitangan pembersihan daripada sebuah syarikat pengurusan hartanah.
Selepas berbincang dengan wakil syarikat, mereka bersetuju membayar 100,000 yuan (kira-kira RM61,300) sebagai pampasan tunai dan menyediakan sebahagian tempat letak kereta.
Walaupun beranggapan masalah tersebut telah selesai, Bai tidak menyangka syarikat hartanah itu hanya membayar separuh daripada pampasan yang dijanjikan dan gagal menyediakan ruang parkir seperti yang dipersetujui.
Syarikat itu malah menafikan dakwaan menceroboh atau menggunakan vila tersebut sebagai bilik sampah, dan hanya menawarkan pelan pampasan sederhana seperti membaiki kemudahan yang rosak dan melakukan pembasmian kuman secara berkala.
BACA: Berdepan 10 tahun penjara atau dirotan, Abang Bas menangis dalam kandang tertuduh
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio