Ini 5 bahagian badan kanak-kanak yang tak boleh disentuh menurut ‘Public Health Malaysia’

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Public Health Malaysia (PHM) berkongsi mengenai keburukan sentuhan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh memberi kesan emosi, terutama kepada kanak-kanak.

Dalam hantaran Instagramnya semalam, PHM menjelaskan bahawa tubuh seperti mulut, dada, kemaluan, celah paha,

dan pinggul mempunyai banyak reseptor sensitif, menjadikannya lebih peka terhadap rangsangan.

“Dari segi neurologi, sentuhan pada kawasan-kawasan yang kaya dengan reseptor saraf ini boleh mempengaruhi emosi, mencetuskan reaksi emosi yang kuat dalam kalangan kanak-kanak.

“Walaupun kanak-kanak belum matang secara seksual, sistem saraf mereka masih aktif dan mampu bertindak balas terhadap rangsangan di kawasan sensitif tersebut,” katanya.

Ini 5 bahagian badan kanak-kanak yang tak boleh disentuh menurut 'Public Health Malaysia'

PHM menambah bahawa sentuhan yang kerap pada kawasan sensitif ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada kanak-kanak.

“Lebih membimbangkan, jika sentuhan ini dilakukan berulang kali, kanak-kanak mungkin menjadi keliru mengenai batasan fizikal dan sentuhan yang sihat.

“Kesan jangka panjang yang lebih berbahaya termasuk kemungkinan kanak-kanak menjadi ketagih kepada sensasi yang dihasilkan oleh sentuhan tersebut, walaupun mereka mungkin tidak memahami implikasinya,” jelas PHM.

Dalam perkongsian yang sama, PHM turut menerangkan tentang implikasi yang lebih serius, iaitu kemungkinan berlakunya ‘grooming’—proses di mana pemangsa perlahan-lahan membiasakan kanak-kanak dengan sentuhan yang tidak sesuai.

BACA: Tular kisah 99 Speedmart masuk senarai Bursa Saham, lain pula ceritanya bila bekas pekerja dedah cerita sebenar