Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan, enggan memburukkan keadaan dan menyerahkan kepada pihak pengurusan
untuk memberi ulasan mengenai kontroversi sindiran yang dibuat oleh rakan penyampai, Khairy Jamaluddin, terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa siaran pagi semalam.
Menurut Johan, tugasnya di stesen radio tersebut adalah untuk menghiburkan pendengar dan rakan-rakannya.
“Saya serahkan kepada pihak pengurusan, biar mereka yang jawab,” katanya.
Bagaimanapun, dari sudut karier, pemilik nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu menyifatkan insiden yang berlaku sebagai satu teguran daripada Yang Maha Kuasa.
“Ini adalah cuitan Allah agar saya tidak terlalu selesa dengan pekerjaan yang saya lakukan,” tambahnya.
Sebelum ini, Khairy menjadikan Anwar sebagai bahan sindiran ketika mengulas tentang pencalonannya dalam sebuah pertandingan anugerah popular sebuah akhbar. Bekas menteri kesihatan itu menggunakan ungkapan yang sering dikaitkan dengan Anwar sekiranya dia memenangi undian tersebut.
“Saudara-saudara, kalau menang hari ini, esok…kita makan ramai-ramai,” kata Khairy disambut dengan gelak tawa penyampai Fara Fauzana (Fafau) dan Johan Raja Lawak.
“Saya ulang!” sambungnya sekali lagi disusuli dengan ketawa Fafau dan Johan.
Kenyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet, dengan beberapa individu mengancam untuk memboikot stesen radio berkenaan.
Ditanya sekiranya insiden ini boleh menjejaskan kariernya, Johan berkata, dia sudah biasa menghadapi perkara sedemikian.
“Saya dan isteri (Ozlynn Waty) sudah biasa berdepan dengan perkara begini sejak mula masuk industri, kami sudah puas menangis,” katanya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio