Seorang wanita berjaya mencuri tumpuan ramai, baru-baru ini sejurus mendedahkan aktiviti penipuan ‘lampin bayi’ di sebuah pasar raya di Bukit Antarabangsa.
Menurut wanita berkenaan, perkongsian menerusi platform Facebook itu dimuat naik dengan tujuan mewujudkan kesedaran mengenai modus operandi penipuan tersebut.
Segalanya bermula apabila pengadu terserempak dengan seorang perempuan muda yang bernampilan menarik di pintu masuk pasar raya berkenaan pada 27 Ogos lalu.
“Kami mula-mula bertentang mata di pintu masuk pasar raya. Ketika saya memberi senyuman hangat kepadanya,
dia malah merenung dari atas ke bawah seolah-olah sedang membuat analisis terhadap saya.
“Lebih kurang 10 minit kemudian ketika saya bersendirian di bahagian Mayonis, dia menghampiri dan minta meminjamkan wang untuk membeli lampin. Anaknya telah membuang air besar dan lampin perlu ditukar.
“Dia berjanji akan memindahkan wang itu kembali ke akaun saya pada waktu malam sebaik sahaja mendapat duit daripada rakannya. Saya berbesar hati untuk belanja dan suruh dia ambil lampin untuk dibayar di kaunter bersama barang saya,” katanya.
Wanita terbabit bagaimanapun menolak tawaran tersebut malah mendesak pengadu untuk membantu dengan memindahkan sahaja wang ke dalam akaun bank miliknya.
Namun selepas pemindahan dilakukan, wanita itu tidak pernah menghubunginya lagi untuk membayar semula wang malah enggan membalas mesej daripada pengadu.
“Saya pindahkan wang ke akaun Maybanknya, dia minta RM50. Tetapi apabila saya taip jumlah tersebut di aplikasi bank, dia macam teragak-agak dan merungut seperti ia tidak mencukupi.
“Dia berdiri rapat di sebelah saya mungkin untuk memastikan wang itu benar-benar dipindahkan kepadanya. Saya sudah rasa ada sesuatu yang tidak kena, seperti dia mahu mengambil kesempatan atas keramahan saya.
“Jadinya niat asal saya untuk belanja dia hilang. Sekadar mahu melihat sejauh mana rancangannya itu pergi. Saya mengambil keputusan untuk bersetuju agar dia membayar semula wang itu,” jelasnya.
Sangkaan pengadu tepat apabila suaminya pula terserempak dengan wanita yang sama di pasar raya berkenaan meminta meminjamkan wang untuk membeli lampin.
Malah pada waktu yang sama, terdapat pengunjung lain bertanya sama ada lampin sudah dibeli menandakan suami pengadu bukanlah satu-satunya mangsa hari itu.
Susulan tularnya perkongsian tersebut, ramai penduduk di kawasan berkenaan mengakui bahawa mereka turut menjadi mangsa penipuan wanita terbabit di ruangan komen.
Dalam perkongsian tersebut, pengadu turut berkongsi tangkap layar pesanan daripada pelaku penipuan yang mahu membuat laporan polis susulan perbuatannya terbongkar dengan alasan maklumat peribadinya tersebar.
Baca juga: Meningkat 190.8%! 1.4 juta pelancong China masuk Malaysia, ini punca ramai datang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio