Tersebar khabar angin warga Ipd Melaka dihalau keluar oleh Ketua Menteri Melaka, ini respon padu Dr Akmal Saleh

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Banda Hilir akan dijadikan Muzium Polis dan tidak akan dijual kepada mana-mana pihak.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tanah yang menempatkan

Bangunan berusia hampir 100 tahun itu bukan milik kerajaan negeri, tetapi kepunyaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan.

“Operasi IPD Melaka Tengah akan dipindahkan secara berperingkat ke bangunan sementara di Wisma Amanah Batu Berendam mulai 9 September ini.

“Pemindahan ini dilakukan untuk keselesaan semua anggota dan pegawai, termasuk orang awam yang datang berurusan,

Tersebar khabar angin warga Ipd Melaka dihalau keluar oleh Ketua Menteri Melaka, ini respon padu Dr Akmal Saleh

sementara kita menunggu kelulusan peruntukan kira-kira RM250 juta untuk pembinaan bangunan baru IPD Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mengadakan lawatan ke Wisma Amanah hari ini.

Dr Muhammad Akmal menambah, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM4.4 juta untuk menaik taraf bangunan sementara itu, termasuk peruntukan tambahan untuk kemudahan dan keselesaan petugas.

Beliau juga menegaskan bahawa dakwaan yang disebarkan melalui media sosial mengenai pemindahan IPD Melaka Tengah kerana bangunan asal telah dijual adalah fitnah dan tidak berasas.

Beliau mengingatkan agar semua pihak lebih bertanggungjawab dan tidak menimbulkan kekeliruan mengenai isu tersebut.

Semalam, sebuah video berdurasi hampir dua minit di TikTok mendakwa warga IPD Melaka Tengah dihalau keluar dari bangunan sedia ada oleh Ketua Menteri Melaka kerana premis tersebut telah dijual kepada pihak ketiga.

BAca: Dasar penunggang agama, paderi kantoi guna duit derma untuk bayar yuran gym dan rawatan sedut lemak