Orang ramai kebiasaannya tidak melihat resit selepas pembelian dan meletakkan ia terus ke dalam dompet.
Tapi bagi mereka yang sering berjimat pastinya pelik jika harga keseluruhan selepas pembelian melebihi bajet yang sudah ditetapkan.
Seorang pelanggan, Nor Rasidah Sidek meluahkan rasa kecewa dengan tindakan juruwang yang tersalah scan barang dan memberi alasan polisi untuk tidak memulangkan duit pelanggan.
“Pengalaman pahit di satu kedai di hari pembukaan, berhati-hati bila bayar di kaunter.
Periksa apa yang anda beli dengan yang anda bayar.
“Bayangkan barang takde tapi dalam resit korang tertera item tu, RM9.00 bukan sikit ya. Beli sebungkus nasi, boleh kenyang 2 orang anak.
“Mujur Nor periksa masa masih dekat kaunter. Ingat boleh dapat ‘refund’, sekali dia kata polisi kita tak boleh pulangan duit. Boleh akak ambil barang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Melihat kepada nombor genap sedangkan satu barang berharga RM2.40, maka dia perlu menambah lagi 60 sen atas kesalahan juruwang tersebut.
“Nor bagitahu kalau ambil barang pun tak boleh genap RM9.00 dan dia jawab kena tambah 60 sen kalau ambil empat barang.
“Tak ada pilihan selain kena tambah duit, ini adalah polisi kejam untuk pelanggan, kakitangan dekat kaunter dah minta maaf tapi biasalah masih sakit hati.
“Jadi berhati-hati dalam membeli barang, tengok resit selalu tidak senang sahaja jadi mangsa penipuan,” tambahnya.
Baca juga: Beza usia 25 tahun, lelaki sanggup beri hantaran RM87000 dan rumah RM870000 demi cinta