Lelaki 20 tahun menderita kaki membusung hanya kerana digigit nyamuk

Oleh MHDAILY

Sejak kecil, seorang lelaki mengalami pembengkakan kaki yang semakin membesar selama lebih 20 tahun akibat gigitan nyamuk.

Lelaki yang dikenali sebagai Bong Thet, kini berusia 27 tahun, telah digigit nyamuk ketika berumur enam tahun.

Gigitan nyamuk tersebut kemudian menyebabkan kaki beliau mengalami luka.

Ibu bapa Bong pada awalnya tidak mengendahkan luka tersebut kerana mereka menganggapnya sebagai luka biasa yang sering dialami oleh kanak-kanak di kampungnya di wilayah Chhnang, Kemboja.

Namun, kaki Bong semakin membesar dari masa ke masa sehingga kini saiznya hampir sebesar tubuhnya sendiri.

Lelaki 20 tahun menderita kaki membusung hanya kerana digigit nyamuk

Bong tidak mendapatkan rawatan kerana keluarganya tidak mampu. Walaupun seorang ahli perniagaan telah menyumbang untuk rawatannya, tiada rawatan yang berkesan berjaya mengatasi masalahnya.

Menurut doktor, Bong menderita penyakit Filariasis limfatik, atau dikenali juga sebagai penyakit untut, yang disebabkan oleh cacing filaria yang ditularkan melalui gigitan nyamuk.

Bong yang pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak terpaksa merelakan impiannya setelah mengetahui bahawa tiada penawar atau rawatan yang berkesan untuk kakinya.

Walaupun begitu, Bong tetap bersyukur atas sumbangan orang ramai yang memudahkan hidupnya dan beliau akan terus mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

BACA: ‘Tak profesional, patut jumpa berdepan’ Noraniza Idris sekolahkan Anwar