Adira Suhaimi berharap hanya doa yang baik daripada orang ramai berkenaan hasrat bekas suaminya,
Datuk Red, untuk kembali memperisterikannya selepas Aidilfitri tahun depan.
Adira memaklumkan bahawa Datuk Red kini merupakan versi terbaik dirinya selepas mereka berpisah pada bulan April tahun ini.
“Jika ada doa yang baik, saya aminkan sahaja. Jika ada jodoh, insya-Allah. Jika tidak ada jodoh, saya akan teruskan hidup sebagai ibu tunggal.
“Saya boleh katakan bahawa Datuk Red sekarang adalah versi yang paling baik. Insya-Allah, dan saya percaya dia masih mahu belajar lagi.
Dia kini lebih santai dan pandai bergurau,” katanya kepada HibGlam selepas sidang media program realiti The Chosen One di sini semalam.
Ketika ditanya sama ada dia pernah merasa sunyi sebagai ibu tunggal, Adira menjelaskan bahawa dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan perasaan tersebut.
“Sebenarnya, saya terlalu sibuk bekerja. Tak sempat nak rasa sunyi.
“Saya jarang berada di rumah. Contohnya, apabila saya keluar siang hari, anak-anak masih tidur, dan saya pulang malam ketika anak-anak sudah tidur.
“Jika ada masa di rumah, saya tidak mahu layan perasaan sunyi. Saya lebih suka melakukan aktiviti yang sihat kerana saya mahu terus bekerja,” tambahnya.
BACA: ‘Tak profesional, patut jumpa berdepan’ Noraniza Idris sekolahkan Anwar