Assalamualaikum, hi readers IIUM Confession. Terima kasih admin sekiranya confession aku disiarkan.
Maaf kalau karangan berterabur, tulis dalam keadaan marah juga. Berbalik kepada tajuk, ya, lucah yang telah dinormalisasikan.
Confession ni terpakai untuk mereka yang BENCI sekecil-kecil isu lucah, kalau korang rasa “alah, biasalah tu, bual kosong”, sila berambus daripada confession aku ni.
Aku Z, seorang isteri berusia lewat 30-an dan dah punya 4 orang anak, perempuan semua.
Suami aku A, alhamdulillah seorang lelaki budiman yang dipinjamkan Allah seketika ini, semoga panjanglah jodoh kami.
Straight to the point, aku membesar dalam suasana keluarga yang agak harmoni, punya ibu yang solehah serta baik budilah, ayah aku je yang aku masih sampai sekarang punya ‘gap’ untuk apa-apa hal,
Pada aku, dia wujud sebagai figura yang terlihat baik dengan masyarakat, tapi dengan keluarga sudah tentu tidak.
Bab lucah ni juga normal ye untuk ayah aku, dah kalau korang rasa “macam mana pun, sebab dia ko lahir kat dunia”, korang boleh baca confession lain sebab apa? Sebab, figura ayah dengan anak perempuan sangat terkait rapat dalam pelbagai sudut.
Bermula dengan waktu aku darjah 6, ayah aku pernah letak pakaian dalam mak aku dalam beg adik lelaki dia, tujuan dia? Nak bagi adik lelaki dia kahwin cepat etc, bodoh tak kelakuan dia?
Macam mana aku tahu? Sebab pakcik aku dah nak gerak balik kampus (dia cuti hujung minggu & tumpang bermalam rumah kitorang),
dia terkejut ada pakaian dalam perempuan dalam beg dia, panggil aku untuk tanyakan kat mak aku, dah tentu-tentu mak aku punya sebab mak aku sorang je wanita dewasa dalam rumah tu.
Kedua, masa aku sekolah menengah,seingat aku tingkatan 2 atau 3 gitu, aku adalah sorang kawan kelas, kami kena buat kerja kumpulan waktu tu & dia pernah datang rumah aku untuk siapkan kerja kami bersama-sama.
Lepas dia balik, kebetulan pakcik aku yang stay kampus sampai (masa ni kami janji nak gerak balik kampung sama-sama, so dia nak tumpang), terus on the spot ayah aku cakap “ko lambat sikit je, kawan kakak (merujuk aku) baru balik, pergh badan dia mantap”.
Aku sebagai anak & kawan kepada kawan aku tadi, MALU. Malu berbapakkan dia, dahlah kawan aku bertutup litup ye bukan jenis menayang body.
Bila dah berkahwin, aku akui, bab-bab lucah ni memang menakutkan aku, nak-nak lagi, pada aku, bapak aku pun ‘gila’, aku nak harapkan suami aku jaga aku?
Memang triggered gila, tapi alhamdulillah sepanjang 15 tahun pernikahan kami, aku belum pernah jumpa yang pelik-pelik kat suami aku & aku terus doakan kesejahteraan keluarga kamilah sebab kami ada 4 orang anak perempuan meningkat dewasa kot.
Cuma sejak-sejak ada sosial media ni, terutama platform whatsapp, ber’group-group’ ni, aku tak nafi laa segelintir kawan suami aku memang sejenis makhluk yang tak hormat kawan-kawan lain dalam group.
Mesti ada ja nak send benda bukan-bukan, means dalam handphone diorang memang saved benda merepeklahkan? Tak terfikir ke eh kalau mati katak tengah jalan ke apa orang jumpa handphone kita dalam keadaan aib macam tu?
Tak kesian ke kat anak isteri dengan kelakuan macam tu? Entahlah, eh aku rasa aku tulis pun macam tak berapa nak sampai, tapi aku harap, yang baca confession aku ni, boleh dapat sesuatulah antaranya JANGAN NORMALKAN BENDA LUCAH dalam kehidupan.
Fikirlah kita punya keluarga, setidak-tidaknya kita lahir daripada rahim seorang wanita bergelar ibu.
Keluarga aku harmoni dengan adanya mak aku, tapi dendam kat bapak aku tu tak hilang ye, sakit hati sangat sebab dua benda tu dia buat terhadap keluarga dia sendiri.
Ye, kisah lama, dia dah berubah etc, tapi DENDAM aku tu tak luput sebab benda ni terkait rapat dengan mak & kawan aku tanpa pengetahuan diorang pun.
Aku simpan sorang-sorang sebab kenangkan mak & kawan aku punya aib. Kalau ikut jahat aku, biarlah bapak aku malu, tapi aku lebih fikir side mak & kawan aku.
Panjang dah aku menulis, pleaselah kepada lelaki akhir zaman, jauhilah benda lucah apatah lagi nak mengajak orang lain menormalkan benda ni sama.
Aku faham nanti mesti ada yang komen “eleh benda macam ni pun nak buat confession, orang lain ayah dia itu ini bla3”.
Aku buat confession ni sebagai awareness yang paling tipis je sebab benda ni bermula macam yang bapak aku buatlah, benda yang pada segelintir orang nampak ‘biasa’.
HARAM TETAP HARAM geng, sebab segelintir korang anggap biasalah benda-benda besar lain mudah jadi.
Sekian, spread awareness no hated,
– Z (Bukan nama sebenar)
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio