Dekat 10 bulan Nas-T dedah tak makan nasi demi Keluang Man

Oleh SURIANI HAMDAN

Demi Keluang Man, peneraju utama filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2025,

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin sanggup tidak makan nasi.

Memetik Berita Harian, pelakon berusia 40 tahun itu sanggup berkorban demi menjayakan karakter dan menggalas tanggungjawab dalam filem superhero ikonik itu.

Kongsi Nas-T, dia mengamalkan diet ketat bagi mengekalkan berat badan mengikut ukuran sut.

“Sejak ditawarkan membawa watak ini sehinggalah sekarang saya kena ikut ukuran dan kekalkan berat badan hingga selesai promosi filem.

Dekat 10 bulan Nas-T dedah tak makan nasi demi Keluang Man

“Sekarang sudah masuk 10 bulan saya berdiet, tak ambil karbohidrat dan hanya ambil protein. Ia akan berterusan sehingga filem selesai ditayangkan tahun depan, inilah pengorbanan saya,” katanya.

Nas-T berkata, pada awalnya dia akui agak sukar untuk berbuat demikian, namun lama-kelamaan ia sudah sebati dan tidak rasa mahu makan nasi.

Sebagai tanda komitmen Keluang Man, Nas-T menolak beberapa tawaran lakonan semata-mata memberi fokus terhadap naskhah arahan Anwari Ashraf Hashim yang mengangkat karya kartunis Allahyarham Kamn Ismail tersebut ke layar.

“Untuk filem Keluang Man jadual saya padat, jadi saya tiada masa selit tawaran lain. Saya terpaksa tolak secara baik. Saya hanya fokus pada Keluang Man dan ini adalah projek lama yang saya pernah buat.

“Bagi saya, ini adalah periuk nasi saya dan karier, jadi saya paksa diri saya untuk berikan yang terbaik.

“Kalau yang terbaik itu memerlukan saya jaga makan, saya akan buat. Lagipun, saya sudah biasa jadi bukan penyeksaan untuk buat semua ini,” ujar Nas-T.

Dalam masa sama, dia turut akui bayaran yang diterima untuk menjayakan komitmen sebagai Keluang Man berbaloi dengan pengorbanan dilakukan.

Pun begitu, dia menegaskan pengorbanan yang dilakukan bukanlah kerana duit, sebaliknya jenama Keluang Man sendiri.

“Bukan diberi tetapi saya sendiri datang uji bakat. Ini kiranya mimpi saya jadi kenyataan apabila dapat menjayakan watak adiwira ini,” tuturnya.

Sekadar info, Keluang Man adalah siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan filem superhero ikonik Malaysia memulakan penggambaran pada 4 Mei lalu.

Kini, baru sahaja selesai penggambaran dan dalam fasa yang kini dalam fasa pasca produksi.

Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor.

BACA: ‘Suami pentingkan kawan, dating pun ajak kawan bila dah kahwin pun siap ajak lepak dirumah pula, katanya lupa dah kahwin’