Ini kisah aku… Aku wanita 20-an. Sudah berkahwin. Baru melahirkan seorang cahaya mata dan masih dalam pantang.
Aku seorang wanita bekerja. Pada mulanya aku rasa mungkin pembawakan selepas bersalin.
Tapi fikir – fikir, benda ni terjadi dari zaman sebelum ada anak lagi. Aku berkahwin pada tahun 2022. Masih awal lagi.
Ada yang cakap masih fasa pengantin baru lagi. Tapi aku tidak. Bermacam dugaan berlaku pada rumahtangga aku.
Suami aku sebaya dengan aku. Masih 20 an. Awal perkahwinan dia bekerja sektor perkilangan. Gaji pun agak lumayan.
Permulaan taw4r hati aku bermula bila fasa nak masuk setahun perkahwinan, kami masih berdua masa itu.
Suami aku banyak lebihkan kawan dari isteri. Lepak sampai pagi. Adakala sampai bawak ke rumah. Hujung minggu kami berdua memang tiada masa berdua. Dating? jauh sekali. Kadang kala aku nak juga berdua suami isteri macam zaman bercinta.
Tapi mesti suami akan ajak kawan sekali. Aku dah bercakap dengan dia. Tapi berubah ye sekejap. Lepastu buat balik. Aku diuji lagi dengan suami curang. Kantoi bergambar dengan perempuan di kilang dan dia simpan dalam folder rahsia.
Allah mungkin nak gerakkan hati aku untuk cek hp dia. Ternampak satu folder pelik, bila tekan perIukan password. Aku try godeh akhirnya keluar juga. Ternampak sekeping gambar mesra suami dan kawan kerjanya. Memang berbeza wajah happy bila berselfie dengan aku berbanding perempuan tu. Kecewa nya hati.
Bila ditanya, dia cakap nak hantar gambar tu ke kenalan, tetapi tertekan save di folder privasi. Aku ye kan tanda malas berg4duh. Nak masuk tahun kedua perkahwinan. Aku diuji lagi. Suami berhenti kerja. Alasan nak cari kerja lain.. Environment tak best katanya.
Kebetulan aku baru tahu aku mengandung masa ini. Dia cakap nak cari kerja lain. Mungkin dugaan aku mengandung. Sampai sekarang suami masih tidak bekerja. Dan sampai anak dah keluar masih tidak dapat kerja. Aku nampak dia effort cari kerja. Tapi mungkin dugaan untuk keluarga kecil kami.
Untuk pengetahuan pembaca, dia ada juga buat part time kerja. Tapi hasilnya tidak la banyak mana. Gaji yang dia dapat hanya cukup untuk seminggu dua makan. Sepanjang aku mengandung, aku ngidam semua aku beli sendiri.
Walaupun aku ajak dia teman, ada je alasan dia tapi bilaaaa kawan dia ajak lepak. Kemain laju ye. Aku ingat bila dah berbadan dua, dia dah tak lepak. Hmmm sama je. Pegi mana – mana, semua ajak kawan. Sampai satu tahap, aku jalan sorang diri dengan perut memboyot. Happykan diri sendiri.
Aku pernah luah perasaan bila ada masalah. Tapi dimarahnya, katanya aku layankan perasaan, terlalu memikir sangat. Sedangkan aku bukan mahu penyelesaian, aku mahu orang mendengar. Sejak dari itu aku tidak pernah meluah hanya memendam.
Bila di fasa dua tahun perkahwinan ni dan ada cahaya mata. Segala pembelanjaan aku tanggung. Aku tak berkira. Tetapi kalau tak mampu sumbang kewangan. Mungkin sumbang tenaga dan prihatin kat aku. Masa aku pantang pun masih lepak dengan kawan sampai jam 1 – 2 pagi.
Aku yang berjaga tiap hari menjaga anak. Yelah baby kan tiap 2 jam nak bangun nak susu. Aku harapkan prihatin dekat aku cukup la. Hmm jauh sekali. Aku pernah cuba deep talk hal ini, dia cakap, dia lupa dia dah kahwin. Tu terbawak per4ngai bujang.
Aku dah bagi masa lama untuk dia biasakan diri sudah berkahwin. Bukan 2 – 3 bulan. 2 tahun.. Apa dugaan aku. Serius aku taw4r hati. Hidup seperti janda. Ada suami tapi sunyi. Mungkin Allah hadirkan cahaya mata untuk menemani aku?
Adakah aku perlu berpisah baru dihargai? Aku k0rban macam – macam. Tapi kawan juga dia hargai. Aku umpama wanita yang tak wujud. Sekarang aku di fasa taw4r hati di mana dah seminggu serumah tapi tidak bertegur. Dia pergi kerja part time aku tak tanya.
Entah ini mungkin hati sudah taw4r. Doakan aku kuat bersama anak untuk tempuh dugaan akan datang. Mungkin bila dah tiada baru hargai.. Terima kasih mendengar luahan aku. Yang ikhlas, – Sarah (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nuriah Abdrazak : Sedih baca.. lelah pun yaa. Dear.. pergiIah pejabat agama, minta nasihat untuk diri sendiri. Kuatkan semangat, tabah kerana diri sendiri.
Kita nak bela anak, ibu mental kena kuat, kudrat kena kemaihhh.. Yang penting, genggam duit kita habis – habis. Jangan cicirkan untuk dia walau sesen. Muhasabah dan minta tolong dengan Allah jalan keluar. I wish u luck..
Mukhsin Mohd : Hah, tunggu apa lagik. Cepat – cepatla mintak fasakh. Dah menjanda besok, anak tu kasik ke bapaknya. Dah memang tanggungjawab bapak bela anak pon.
Jadi tak ada la isu nafkah tak bayar atau tak cukup. Yang penting kau senang nak dating manja – manja ngan boipren baru takyah pikir jaga budak kecik. Yang penting manis. Ingat, kau berhak bahagia.
BACA: Dipersoal atlet renang SUKMA tak patuh syariah, Exco T’ganu jawab diluar pengetahuan kami
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio