Perbuatan sekumpulan remaja yang berjoget di pesta ‘clubbing’ di hadapan sebuah masjid di Sengkang,
wilayah Sulawesi Selatan, telah mencetuskan kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Kejadian tersebut berlaku berhampiran Masjid Agung Ummul Quraa pada Jumaat lalu.
Menurut rakaman video yang dimuat naik dalam aplikasi WhatsApp, beberapa gadis dilihat dengan selamba berjoget sambil mengenakan pakaian ketat.
Ada di antara mereka yang memakai seluar ‘koyak’ sehingga menampakkan peha.
Peserta lelaki juga dilihat menari tanpa rasa malu.
“Ini sangat tidak wajar, kenapa acara joget perlu diadakan di hadapan Masjid Agung Sengkang?”
demikian menurut keterangan dalam video tersebut.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati agama Islam.
BACA: Wanita lega tak perlu kongsi harta lepas tahu arwah suami selama ini ada madu