Apabila bercakap tentang lokasi riadah yang popular, sungai dan air terjun pasti menjadi pilihan ramai
kerana suasananya yang tenang dan sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.
Namun, pernahkah anda terfikir dari mana datangnya punca air terjun yang sentiasa mengalir turun dari puncak bukit atau kawasan tinggi?
Soalan ini telah dijawab oleh seorang YouTuber yang dikenali sebagai Pemburu Air Terjun,
Mohd Syafiqi Zakaria, yang berkongsi perjalanannya untuk mencari punca air terjun.
Dalam video yang dikongsi, Syafiqi menunjukkan bahawa punca air terjun sebenarnya berasal dari aliran air kecil yang berterusan,
yang keluar dari celah batu dan akar pokok. Air kecil inilah yang akhirnya membentuk air terjun dan sungai yang biasa kita lihat.
Video ini, yang telah mendapat ribuan tontonan, telah menarik pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata baru menyedari tentang punca mata air yang membentuk sungai.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio