Rupanya 7 artis terkenal ini rupanya autism, no.2 tu paling tak sangka!

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Orang yang mempunyai spektrum autisme sering menghadapi stigma dan stereotaip negatif dari masyarakat.

Akibatnya, mereka sering mengalami diskriminasi, terutama dalam dunia pekerjaan.

Bila disebut tentang autisme, ramai yang beranggapan bahawa penghidapnya tidak boleh berfikir dengan baik,

sehingga mereka dianggap tidak mampu menjalani kehidupan normal secara sendiri atau bekerja.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa spektrum autisme ini terdiri daripada pelbagai jenis.

Rupanya 7 artis terkenal ini rupanya autism, no.2 tu paling tak sangka!

Jadi, di bawah ini, kami akan senaraikan beberapa selebriti yang menghidap autisme yang mungkin anda tidak pernah tahu.

1. Courtney Love

Courtney Love yang merupakan seorang penyanyi dan lebih dikenali sebagai isteri kepada Kurt Cobain ini telah didiagnos dengan autisme ketika dia berusia 9 tahun.

Namun begitu, penyanyi utama kumpulan Hole ini telah berjaya meneruskan kerjaya nyanyiannya selama empat dekad. Namun sepanjang penglibatannya di dalam industri, Courtney telah menerima banyak kritikan ekoran persembahannya yang sangat seksi, hubungannya dengan mendiang suaminya serta masalah penyalahgunaan dadah sepanjang kehidupannya sebagai penyanyi.

2. Wentworth Miller

Pelakon yang terkenal dengan peranannya dalam siri Prison Break ini mendedahkan yang dia telah didiagnos dengan autisme agak lewat. Dia telah didiagnos pada tahun 2020 sebagai seorang lelaki dewasa dan merasakan penilaian dan diagnos yang dia lalui itu adalah satu penyeksaan.

Wentworth turut mengatakan yang dia terkejut mendengar bahawa dia mempunyai autisme namun begitu dia tak menyesal dan berbangga untuk menjadi sebahagian dari komuniti autisme.

3. Sia

Sia mendedahkan bahawa dirinya autistik pada tahun ini di dalam satu episod podcast. Namun begitu, penyanyi berusia 47 tahun ini tidak memberitahu bila dia didiagnos dengan gangguan ini.

Penyanyi ini mengatakan, selama 45 tahun kehidupannya, dia sering merasakan yang dia perlu menjadi orang lain bila berhadapan dengan orang dan sejak dua tahun kebelakangan ini barulah dia merasa seperti dirinya sendiri.

3. Dan Aykroyd

Pelakon dan penulis Ghostbusters dan The Blues Brothers, Dan Aykroyd telah didiagnos dengan sindrom Tourette ketika berusia 12 tahun dan kemudiannya didiagnos dengan sindrom Asperger pada awal 1980-an ketika dia berusia 30 tahun.

Salah satu simptom yang dia hadapi termasuklah obsesinya terhadap hantu dan pihak berkuasa sehinggakan dia telah membawa lencana polis bersamanya setiap kali keluar.

4. Daryl Hannah

Daryl Hannah dikenali dengan lakonannya di dalam Kill Bill, Wall Street dan Sense8. Walaupun telah didagnos dengan autisme sejak kecil, pelakon ini hanya bercakap mengenainya secara umum pada tahun 2013.

Menurut Daryl, pakar perubatan telah meminta dia untuk tidak berada di dalam dunia glamor dan hidup jauh dari perhatian media.

5. Susan Boyle

Penyanyi yang berjaya menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia selepas menyertai ujibakat Britain’s Got Talent, Susan Boyle ini telah didiagnos dengan sindrom Asperger pada 2012 walaupun sebelum ini dia telah disalah diagnos dengan kerosakan otak ketika kanak-kanak.

Walaupun sering menerima kritikan dan tak dilayan dengan baik oleh ramai pihak, Susan kini telah bekerja di belakang tabir dan mempunyai kekayaan sebanyak US$40 juta.

6. Matt Savage

Matt Savage merupakan seorang pemuzik yang menghidap sindrom savant. Namun begitu, kerjaya sebagai pemuzik telah membolehkan dia untuk menjelajah dunia dan bermain untuk beberapa rancangan terkenal seperti Late Show with David Letterman, Late Night with Conan O’Brien dan The Today’s Show.

Matt Savage kini bermain piano di konsert dan menjadi seorang pengajar.

7. James McClean

Pemain bola sepak Irish, James McClean baru-baru ini telah kongsikan bahawa anak perempuannya Willow-Ivy merupakan seorang autistik. Selepas didiagnos, dia telah melihat anaknya ini membesar dan mengatasi banyak halangan.

Namun begitu, selepas melihat anak perempuannya ini, dia turut menyedari yang dirinya juga turut mempunyai beberapa perwatakan seperti anaknya dan telah menjalani pemeriksaan.

Hasilnya, dia juga turut didiagnos dengan spektrum autisme dan mengatakan bahawa dia mahu memberitahu orang tentang perkara ini untuk tunjukkan pada anaknya, menjadi seorang autistik tidak akan menghalangnya dari mencapai apa yang diimpikan.

BACA: Disoal kenapa tak pakai baju PJ, jawapan murid ini buat cikgu menangis