Satu klip video pendek yang dikongsi oleh akaun Facebook Cik Puan Gojes baru-baru ini telah menjadi tular
Dalam video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki tidak memakai baju sukan ketika berada di sekolah.
Salah seorang guru di sekolah tersebut bertanya mengapa dia tidak memakai pakaian tersebut.
Budak lelaki itu menjelaskan bahawa ibu bapanya bekerja di kedai runcit 1 Malaysia.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, guru berkenaan mengambil inisiatif untuk membelikan dua pasang baju sukan untuk budak lelaki itu.
Netizen memberikan pelbagai komen tentang klip video ini, dengan ramai yang merasa sebak melihat reaksi budak lelaki tersebut. Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada guru itu kerana menunjukkan keprihatinan terhadap murid-muridnya.
Lihat apa juga kata orang ramai:
“Alhamdulillah…murid² sek. Ni dihadirkan seorang cikgu yg amat pemurah..semoga Allah murahkan rezeki cikgu dan permudahkan urusan cikgu Utk berbakti dan membantu Pd pelajar2 yg memerlukan”
“mohon doakan guru2 dlm setiap doa kalian..mereka mendidik dan menjaga kita sebaik mungkin..Allahu..”
“Tersentuh hati….klu cpg x rakam…kita xtau pn..masih ada ank2 yg serba kekurangan…..Allah kirimkn insan sebaik cpg ….semoga cpg trus kuat utk bantu ank2 ni….terbaik”
“Sedihnya.. Wajah anak yang soleh dan baik. Wajah anak murid yang jugak bijak.. Semoga putera berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan ye.. Sentiasa jadi anak yang soleh.. Sentiasa jadi anak murid yang membanggakan guru².. Aamiin ya Allah ya mujib.. Nanti balas jasa guru putera yang baik ni tau”
“Kadang2 kita kena pandang sekeliling kita msti ada segelintir ank2 murid yg susah,bkn apa sekarang barang semuanya mahal kos sara hidup tinggi gaji di m’sia masih rndah x pdan dgn kos hidup..kena ank smpai 3456 oqg mcmna.bkn kehendak mak ayah minta hidup mnjdi susah tetapi kita sentiasa diuji diberi ujiaan dri Allah s.w.t .tu sbb ada yg susah ,senang sbb kita prlu salin melengkapi atas muka bumi ini…cikgu terbaik…”
“Memang harga baju agak mahai. Ibubaoa yg x mampu akan jd beban. Pakai sat ja dah x padan. Zaman dlu buleh ja PJ pakai baju biasa.. Janji tshirt tracksuit.
Mana keperluan yg penting didahulukn.”
“Yg bestnya zaman sekarang ni ramai cikgu yg prihatin dan bertanya dulu apa masalah murid tu, klu dulu cikgu tanya tanya sekali terus jatuh hukum”
“Tringat dlu msa sekolah rendah agama daris. Semua wajib ada jubah warna koko tp abah ngn ibu x da duit nak beli.Tp alhamdulillah Allah hantar sorg hamba Allah yg tlg beli semua barang2 tu…smpai skrg ingat budi baik org tu”
“Semoga Adik Putra akan berjaya dengan cemerlang dimasa hadapan…sesungguhnya kejayaan itu tak akan datang dengan mudah tanpa perlukan pengorbanan dan usaha… sentiasa tawakal pada Allah…
atas berkat usaha dan pertolongan dari seorang guru yang berhati mulia…In Shaa Allah Adik Putra akan berjaya Aamiinnn”
“Alhamdulillah….semua adalah kehendak Allah …dimana Allah sedang uji kita semua bukan adik itu…Allahuakbar…didoakan Cikgu sentiasa dipermudahkan..biarlah apa orang nak kata pun ..janji keikhlasan hati tu yang penting. Aaminn”
“Allahukhbar..pernah merasa yang adik ni rasakan.. Baju pj xdak.. Nak beli x mampu.. Mak ayah susah..rezeki kalau ada orang sedekah…semoga Allah permudahkan urusan cpg dan adik itu.. Aamiin.”
BACA: 63 tahun bercerai, pasangan warga emas kahwin semula buat ramai sebak
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio