Saat ini, pertandingan tahunan terbesar Dota 2, The International 2022, sedang berlangsung dengan penyertaan pasukan dari seluruh dunia.
Tahun ini, beberapa pemain Dota 2 Malaysia turut berpeluang menyertai dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan.
Pemain Dota 2 yang dikenali sebagai NothingToSay, atau nama sebenarnya Chen Jin Xiang dari Malaysia,
telah berjaya meraih hadiah sebanyak $600,000 (RM2.84 juta) selepas menduduki tempat kelima dalam pertandingan TI11 kali ini.
Beliau bertanding di bawah pasukan PSG.LGD yang berpangkalan di China, dan mempamerkan prestasi permainan yang sangat mengagumkan.
Kini, hanya tinggal beberapa pasukan yang bersaing untuk merebut hadiah utama berjumlah RM36 juta.
Pada tahun lalu, NothingToSay dan pasukannya berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan yang sama, memperoleh hadiah sebanyak $5.4 juta (~RM21.6 juta).
Dalam pertandingan yang sama, pemain veteran Dota 2 Malaysia, Mushi, yang merupakan jurulatih pasukan BOOM Esports, telah berjaya menduduki tempat kesembilan dengan hadiah sebanyak $259,474 (~RM1.23 juta). Acara ini akan berlangsung sehingga 29 Oktober ini.
Dengan penyertaan beberapa pemain Dota 2 Malaysia dalam pertandingan tahunan terbesar ini, mereka telah berjaya mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Pemain-pemain profesional Malaysia kini diakui sebagai bertaraf dunia dan mampu meraih hadiah yang mencecah jutaan ringgit.
BACA: Kerap bergaduh dengan jiran ‘rumah’ sebelah, wanita ini nekad jual rumah dengan harga RM300 je
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio