Pasti ramai yang akan tertarik dengan tawaran jual rumah ini, bukan?
Menurut wanita yang juga pemilik rumah tersebut, dia ingin menjual rumahnya kerana tidak selesa dengan jiran sebelahnya.
Seorang lelaki yang berminat dengan rumah itu kemudian berjumpa dengan wanita yang dikenali sebagai Puan Siti
pemilik rumah tersebut. Sambil merakam video, lelaki ini berjumpa dan berbincang dengan Puan Siti.
“Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta (1 juta rupiah) ya?” tanya lelaki itu.
Lelaki itu merasa teruja dan kagum apabila melihat keadaan rumah yang hendak dijual. Rumah berwarna krim bercampur biru itu ternyata luas dan mempunyai lantai seramik.
“Mak aih, besar betul rumah ni,” ujarnya.
Ketika ditanya mengapa rumah tersebut hendak dijual, Puan Siti menjelaskan bahawa dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya.
Tertarik dengan keluasan rumah itu, lelaki tersebut memutuskan untuk membeli rumah tersebut dan menyerahkan wang pendahuluan sebanyak 50 ribu rupiah (RM14.60).
Namun, selepas melihat jiran yang dimaksudkan oleh Puan Siti, lelaki ini segera menukar fikirannya.
“Peh! Kawasan kubur! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan,” katanya sambil berlari meninggalkan rumah itu.
Sejak video ini dimuat naik, ia telah ditonton lebih 4 juta kali dan mendapat pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya juga menolak untuk membeli rumah tersebut meskipun harganya sangat murah.
BACA: “Ingatkan sembelit, wanita terkejut dapat tahu perkara sebenar selepas beli ubat di farmasi”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio