‘Tiap kali telefon mesti lepaskan rindu dengan cara yang tak menyenangkan, sampai satu tahap rasa macam melampau pula’

Oleh SURIANI HAMDAN

Hi, saya kenalkan diri saya Cik S, berusia pertengahan 20an, masih baru dalam kerjaya sebagai seorang guru.

Namun, masih di sektor swasta (Semoga ada rezeki melangkah ke sektor kerajaan)

Sebelum itu, saya nak minta maaf jika susun atur ayat saya tidak menarik dan terlalu ringkas.

Sebab saya nak cepat dan tiada masa yang mencukupi untuk mengarang panjang-panjang.

Saya sebenarnya takut nak berkongsi confession di sini kerana saya perasan ramai juga dalam kalangan sedara mara,

'Tiap kali telefon mesti lepaskan rindu dengan cara yang tak menyenangkan, sampai satu tahap rasa macam melampau pula'

sedarah daging saya yang merupakan pembaca tegar di sini. Tetapi, takpelah. Semoga tiada yang mengenali diri ku ini.

Saya sebenarnya nak luahkan masalah saya yang mana aku mempunyai keinginan yang tinggi sangat untuk nak ‘bersama’ dengan calon lelaki saya.

Saya sebenarnya dah ada bakal pasangan, yang mana dia pun seorang guru yang baru sahaja posting di sekolah kerajaan tahun lepas. Saya namakan dia sebagai M. Tua setahun daripada saya.

Kami sama-sama kenal di universiti, dan baru memulakan langkah untuk bercinta selepas berkenalan di tahun akhir universiti.

Saya dan M sebenarnya dah bercadang untuk nikah secepat mungkin. Tetapi yang jadi masalahnya sekarang kami masing-masing masih baru memulakan kerjaya. Ekonomi kami masih belum stabil.

Tetapi saya dapat rasakan sebenarnya kami masing-masing dah tak tahan. Tiap kali telefon mesti masing-masing akan lepaskan rindu dengan cara yang tidak menyenangkan (Ghairah).

Sampai satu tahap saya rasa kadang-kadang macam dah melampaui batas pula. Yela, nafsu muda. Sebenarnya dah berapa kali juga saya dan dia rancang untuk buat kursus kahwin dahulu.

Namun sampai sekarang kami masih belum dapat pergi selesaikan kursus kahwin tersebut disebabkan kekangan masa & program-program sekolah (Terpaksa tangguh padahal dah bayar). Nak jumpa family pun kami masih belum sempat lagi. Banyak kali juga kami tangguh Huhu..

Jadi, saya nak tanya pembaca sekalian. Macam mana ya nak selesaikan masalah ini? Macam mana nak susun atur semuanya?

Saya kalau boleh nak usahakan untuk segera. Tapi masing-masing masih baru memulakan kerjaya, masing-masing dalam keadaan terumbang ambing.. huhu.

Saya minta pendapat di sini sebab saya takut kalau-kalau kami berdua makin melampaui batas. Walaupun alhamdulilah setakat ni kami tidak berpegang tangan atau bersentuhan apa-apa.

Masing2 pun tengah struggle kumpul duit dan selesaikan satu per satu dulu komitmen masing-masing. Cuma itu lah, saya risaukan perkara2 yang tidak diingini berlaku tu sajalah yang buatkan saya nak minta pendapat kalian.

– Cik S (Bukan nama sebenar)

BACA:  Haram hukumnya trend meminta ‘gift’ di TikTok ini penjelasan mufti