Dalam hidup aku ni benda yang paling ketara dari aku kecil sambil besar sekarang ialah “pilih kasih“.
Pilih kasih ni kalau secara tak sengaja InshaaAllah boleh di betulkan. Tapi kalau pilih kasih yang di sengajakan?
Dalam keluarga aku, yang sulungnya aku kedua adik perempuan aku dan ke tiga pula dan bongsu adik lelaki aku.
Aku sebagai akak ni bila makin membesar, aku perasan yang mak aku ni pilih kasih yang sangat melampau dan sengaja.
Adik lelaki aku ni setiap apa yang di buat salah. Padahal dalam kalangan adik beradik kami bertiga.
Adik aku ni paling pandai, rajin dan serba boleh. Tapi aku keliru kenapa adik perempuan aku yang nombor 2 acap kali buat silap buat salah mak aku puji.
Bila anak “kesayangan” mak aku buat kesalahan. Mak aku cuma jawab “biasalah budak-budak, nanti jangan buat lagi” dan tenang mak jawab. Tapi, bila adik yang tak buat silap apa pun di katanya bodoh dan banyak lagi sumpah seranah.
Ayah banyak kali bergaduh dengan mak, ayah pesan jangan pilih kasih sayang anak-anak.
Tapi mak cuma mendengus. “Kau jaga anak lelaki kau sorang-sorang” marah mak. Aku sebagai akak Sulung aku selalu tanya mak. ” mak kenapa mak asyik marah adik ” tapi soalan aku tak di jawab. Dalam masa yang sama aku kena marah.
Aku selalu cakap dengan Angah. “Angah bagitahu mak, jangalah buat adik macam tu kesian adik” tapi angah dengan marah jawab “diamlah akak” aku selalu pergi dekat adik teman adik belajar.
” Adik kalau ada masalah kasitahu Along, kalau mak marah kasitahu Along” adik cuma senyum dan jawab “okay Along”. Aku tanya Ayah, “Ayah kenapa mak sayang Angah lebih dari sayang Adik” Ayah tertunduk diam.
Jadi setiap hari, Angah orang yang paling “Menang’ dalam rumah dan Adik pula orang yang sentiasa kalah di mata mak.
Adik jarang betul suarakan permintaan dia, biasanya dia diamkan. Tapi Ayah selalu belikan untuk adik diam-diam. Kalau tahu mak, habis bergaduh lagi kami sekeluarga. Keluar sahaja result SPM, result Angah teruk sangat.
Tiada A dan dua gagal. Tapi mak tak marah. Malah, di belinya motorsikal untuk Angah. Dalam hati aku yang baru mula berkerja geram sangat. Aku emosi aku berjumpa dengan mak.
“Mak belikan Angah motor kenapa, keputusan teruk hal disiplin dekat sekolah teruk tapi mak tetap manjakan dia. Adik yang PMR-nya hebat dengan A tak di pandang terus. Tolong mak jangan macam ni” aku suarakan rasa geram aku dekat mak.
” Mak dengan muka marah. “Kau diam, aku nak beli apa sukahati aku. Bukan duit kau bukan guna duit bapak kau. Guna duit aku. Kalau budak tu nak, kau beli dengan bapak kau” jerit mak dengan kuat.
Ayah dengan mak bergaduh teruk, ayah marah mak kenapa belikan motor untuk Angah. Mak cuma jawab “sukahati aku. Duit aku” dari jauh Angah berselindung dengan mak. Adik pula sibuk mengaji dekat luar.
Setiap kali aku gaji. Aku ajak adik keluar. Aku belikan makanan dan banyak benda yang dia nak. Kalau adik aku gembira. Aku pun seronok.
Angah pula, di sebabkan keputusan yang teruk dia sambung belajar di universiti swasta. Angah tak pernah ada perubahan langsung keputusan dan prestasi yang teruk. Rupanya setiap sem angah dapat surat amaran tentang kehadiran ke kelas.
Tapi mak diam dan sorokkan surat tersebut. Bila ayah terjumpa, ayah tanya mak dengan nada elok. Tapi mak jawab dengan nada agak kasar.
Ayah cuma mampu geleng kepala. Bila adik dapat keputusan SPM yang amat cemerlang aku nangis. Aku gembira untuk adik. Aku tahu itu memang atas usaha dia pengorbanan dia.
Ayah pun turut senang dan ucap tahniah. Tapi aku hairan, mak tak suka mak marah Angah pula jeling dekat adik. Adik pula setakat mampu tersengih.
Adik sambung belajar, ayah tak sihat jadi ayah minta mak dan aku temankan. Emak tolak, “aku sibuk esok lusa ada majlis kahwin orang aku nak kena tolong biar dia pergi dengan Along” aku cuma mampu genggam tangan aku dengan kuat.
Aku marah dan sangat marah. Majlis perkahwinan anak orang lain lagi penting dari anak sendiri? Aku geleng kepala.
Persiapan barang semua aku tolong adik siapkan. Mak tak cakap apa tentang adik sambung belajar. Waktu Angah sambung belajar habis riuh rumah nak beli barang siap masakkan makanan kegemaran angah. Tapi waktu Adik dia biarkan. Jadi aku bawa adik keluar dan makan KFC. Adik memang suka sangat dengan KFC.
Lepas angah habis belajar dengan keputusan bagi aku memang agak teruk Mak tak kata apa. Tak marah langsung. Duit dah habis banyak, tapi keputusan mendukacitakan. Aku hanya mampu geleng kepala.
Bila aku tegur Angah mengadu dekat mak, dan mak akan terjerit jerit marah. Habis sahaja belajar angah duduk rumah bukan sebulan atau dua bulan. Tapi 2 tahun! Tak kerja, hanya duduk rumah mak tidur tak membantu langsung. Aku waktu ni dah pindah di rumah sendiri atas faktor kerja yang jauh.
Bila aku dapat tahu Angah tak kerja, waktu balik aku marah. ” Kau cuba lah cari kerja, duduk rumah goyang kaki buat apa ” angah terus lari masuk dalam bilik. Bila aku merungut dekat mak habis aku di marah balik.
” Biarlah angah tu dekat rumah mak sunyi, lagipun yang bagi makan tu mak bukan kau” aku tak tahu nak balas apa. Aku cuma diamkan.
Lepas 2 tahun setengah angah akhirnya cari kerja, tapi tak lama. Setakat 8 bulan. Di takdirkan Angah pun menikah. Suami si angah ni agak sederhana tapi cukup untuk menampung Angah. Dalam masa yang sama suami dia tak kasi Angah berkerja. Makin seronok hidup si Angah tu.
Adik pula sambil belajar sambil buat kerja sambilan. Dalam masa yang sama keputusan tetap hebat. Bila ayah dan aku tanya tentang duit. Adik cuma jawab ” ada lagi ni Along cukuplah, ayah pun haritu ada kasi lagipun bukan pakai banyak duit pun” tapi bila aku tanya ayah. Dia kasitahu yang Along ada kasi duit.
Aku marah adik, marah sebab aku sayang. Aku masukkan duit, ayah pun masukkan duit. Esoknya Adik telefon dan ucap terima kasih. Aku sempat juga membebel dekat adik. Habis belajar adik terus kerja tak ada duduk rumah goyang kaki.
Kerja adik gaji dia memang agak lumayan. Gaji pertama, dia bawa kami sekeluarga keluar makan. Tapi mak tolak “buat apa bazir duit, cuba kau beli kereta ke rumah dapat juga untung” adik cuma diam dan tersengih
. Dari kecil bila kena marah kena sindir dengan mak dan kena pukul adik cuma sengih. Nangisnya tidak, merungutnya tidak. Melawannya pun tidak. Selalu aku doa supaya mak di buka kan hati.
Selang setahun, ayah jatuh sakit lepas ulang alik hospital hampir setahun Ayah meninggal. Adik yang mandikan jenazah ayah, angkat jenazah ayah dan kebumikan. Waktu ni aku sedih dan menangis dalam bilik. Adik pula aku tak tahu, tapi yang aku tahu adik lagi sedih.
Selama membesar ayah yang banyak tolong adik. Angah pula lepas kebumi terus balik dengan suami dia. Katanya ada hal penting, aku marah angah dengan suami dia. Baru berapa minit ayah kena kebumi diorang dah terhegeh-hegeh nak kemas barang dan balik.
Jadi hal arwah ayah, adiklah yang uruskan semua dan selesaikan. Hampir seminggu adik cuti sebelum balik kerja semula. Waktu Angah dapat anak pertama dan cucu pertama suka hati mak gembira. Aku pula di perlinya, sebab masih belum berkahwin. Selang setahun pula angah bersalin lagi sekali, kali ini kembar. Makin senang hati mak. Lepas ayah dah meninggal, adik memang jarang balik.
Aku sibuk adik pun sibuk, adik dapat tawaran kerja dan berpindah ke Jepun. Waktu ni, adik bagitahu aku saat-saat akhir. Aku terkejut, “adik dah kasitahu mak dengan Angah ke adik nak pindah ke sana” adik jawab dia dah kasitahu mak. Angah dia suruh aku yang kasi tahu.
Lepas adik dah pindah sana, kami jarang berhubung. Dan akhirnya aku bertemu jodoh dan berkahwin, baru lah adik balik Malaysia. Perkahwinan aku adik yang keluar duit. Aku ada cakap tak payah simpan duit untuk adik kahwin.
Tapi dia cakap biar dia, katanya hadiah untuk perkahwinan aku. Tapi aku berunding dan akhirnya adik tolong dalam 50%. waktu aku nak kahwin memang aku dah cukup duit simpanan. Mak pun dah cakap dia taknak tolong aku. Padahal, waktu adik kahwin semua dia sponsor.
Selesai majlis kahwin semua, adik terus balik ke Jepun. Waktu ni mak tiba-tiba tanya “mana adik dah habis cuti ke” aku jawab dah. Mak agak terdiam waktu tu sebab adik tak kasitahu langsung dia nak balik. Yang tahu cuma aku.
Angah dah anak 4 , aku pula belum ada rezeki untuk dapat anak. Perkahwinan angah pula tak kekal lama, suami dia bernikah dengan isteri lain dah berpindah ke taiwan.
Angah yang selama ni duduk di rumah terpaksa balik menetap dengan mak semula dengan 4 orang anak. Mak pula dah berhenti kerja hanya bergantung duit bulanan dan duit dari aku dengan adik. Setiap bulan adik bagi duit yang agak banyak untuk mak.
Angah pula duduk dekat rumah goyang kaki dan tak kerja, mungkin kali ni mak sedar. Habis bergaduh di makinya angah sebab duduk rumah berbulan bulan tak kerja dan menghabiskan beras.
Duit pampers susu dan makanan anak-anak angah emak yang terpaksa keluarkan. Anak pula kecik-kecik perlukan pampers, susu, makanan lagi pakaian mainan dan banyak lagi. Angah pula baru jumpa kerja di kilang.
Lepas 3 bulan berkerja angah ni lari dan berkerja dekat selangor. Anak dia 4 orang di tinggalkan dekat rumah dengan mak. Mak menangis telefon aku cakap dia tak larat nak jaga budak kecil.
Maklumlah, umur dah meningkat. Budak kecil ni pula jenis lasak. Mana mampu mak nak melayan. Aku cari Angah suruh dia balik ambik anak-anak dia. Tapi aku di marahnya. Aku tampar angah depan orang ramai, aku memang marah dengan perangai Angah yang dari dulu tak berubah.
Tapi Angah tak balik, anak kecilnya di biarkan. Aku pula berpindah makin jauh sebab pindah berkerja dengan suami. Aku cuma mampu bagi duit setiap bulan untuk mak. Mak hampir setiap hari telefon, merungut pasal anak angah.
Aku cuma mampu geleng kepala. Pernah sekali sebab rasa geram aku terlepas cakap “itulah mak manjakan sangat si Angah tu, adik yang elok bagi mak duit setiap bulan mak tak sayang. Angah yang jenis menyusahkan tu Mak manjakan” aku memang marah.
Lama dah aku pendam. Adik telefon mak tapi selalu telefon aku. Selalunya aku tengok hidup adik di Jepun melalui instagram dia dan di twitter.
Lepas beberapa tahun adik pun jumpa pasangan di sana. Wanita Jepun, adik kasi gambar dan memang lawa. Dekat mak pun adik tunjukkan. Gadis pilihan adik memang wanita jepun yang memang sedia ada beragama islam.
Mak suruh adik bawa gadis tersebut dan bernikah di sini. Tapi adik cakap kerja dia makin sibuk. Jadi mereka berdua sah bernikah di Jepun. Aku gembira untuk adik, bila aku tengok instagram adik kalau dulu penuh dengan gambar yang agak random
. Sekarang di penuhi gambar dengan isteri tersayang. Alhamdulilah dalam masa yang sama aku sempat melahirkan anak yang pertama.
Angah tiba-tiba balik dengan suami baru. Mak terkejut, aku terkejut anak-anak dia yang dulu dia tinggal masih kecil sekarang dah agak besar pun terkejut. Angah nak bawa balik anak-anak dia. Dah lepas tangan, macam tu sahaja dia nak ambik anak dia. Aku cakap dengan mak jangan kasi, tapi angah dengan selamba dia ambik dan bawa anak anak dia.
Makin hari aku makin rasa benci dekat Angah. Aku pernah cakap dekat Angah yang aku taknak tengok muka dia lagi. Mak pula dekat rumah sorang, ada sekali mak telefon.
Mak cakap yang dia rindu Ayah, rindu aku dan rindu adik. Angah makin sibuk dengan kehidupan dia dekat Jepun, aku pula sibuk dengan bisnes aku dan suami. Angah pula entah apa cerita.
Mak dekat rumah sorang, aku rasa kesian marah dan geram. Waktu aku adik dan ayah dekat rumah habis di makinya kami. Ayah yang gaji kecil dulu habis di sumpah seranah oleh mak. Aku pula asyik kena marah.
Adik, dah serupa anak orang lain di buat mak. Angah yang paling di sayang, manja dan di beri segala macam itu yang abaikan mak dan tinggalkan tanpa khabar berita.
Arwah ayah dulu selalu pesan, nanti tengokkan adik dan jagakan adik kalau ayah tak ada. Tapi adik jenis kuat dan tabah, apa kejayaan dan kebahagiaan yang dia dapat atas usaha dia sendiri.
Jadi aku gembira dan senang untuk adik. Aku sentiasa berdoa agar adik dan isteri sentiasa bahagia dan sihat sejahtera.
Buat emak, aku sayang dekat mak. Walaupun mak punya pilih kasih amat memeritkan tapi aku tetap sayang. Adik pun sama, dulu adik pernah cakap yang dia tetap sayang mak walaupun mak tak sayang dia.
– Nisa
BACA: Warganegara China luah hasrat ‘teringin’ borong rumah di Malaysia