Dua ahli geng Yakuza telah ditahan selepas disyaki membunuh dan mengerat mayat seorang lelaki
warga Jepun akibat pertikaian mengenai hutang berjumlah 8 juta baht (RM1 juta), lapor laman berita Thaiger semalam.
Mayat mangsa, Kaba Shima Ryosuke, 47, ditemukan di Nonthaburi pada 19 April lalu.
Selepas siasatan terperinci, polis mengenal pasti tiga suspek, di mana dua daripada mereka ialah warganegara Jepun yang juga ahli geng Yakuza.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke lokasi kejadian semalam untuk melakonkan semula detik-detik pembunuhan.
Berdasarkan lakonan semula, salah seorang suspek mula-mula bertengkar dengan mangsa di dalam sebuah gudang sebelum menembak lelaki tersebut di dalam kereta di luar bangunan.
Mayat mangsa kemudiannya diheret masuk ke dalam gudang pada keesokan harinya, di mana suspek mengerat badannya di dalam bilik air.
Lakonan semula seterusnya menunjukkan tengkorak mangsa dilupuskan di sebuah taman terbiar di hujung Soi Phuyai Liam.
Ketua Polis Bang Bua Thong, Kolonel Polis Prut Jamroonsart, menyatakan bahawa suspek bekerjasama dengan polis, dengan seorang daripada mereka mengaku sepenuhnya. Seorang lagi bagaimanapun menafikan beberapa pertuduhan.
Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang mangsa sebanyak 8 juta baht atas ‘kerja’ yang tidak diselesaikan. Jenis pekerjaan tersebut masih belum didedahkan oleh suspek.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke Balai Polis Bang Bua Thong untuk ditahan reman dan dibawa ke Mahkamah Wilayah Nonthaburi semalam.
BACa: Kronologi kes Cikgu Istiqomah sejak hari dilapor hilang sehingga dijumpai tak bernyawa
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio