Che Ta tak sabar nak dedah bakal hantar rombongan merisik, teruja bakal menantu berhijab

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pelakon Rozita Che Wan, mendedahkan bahawa beliau akan menghantar rombongan merisik untuk anak sulungnya, Ammar Effendy, yang berusia 28 tahun.

Che Ta dedah bakal hantar rombongan merisik, teruja bakal menantu berhijab

Menurut Rozita, yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta, wanita pilihan Ammar berusia lingkungan 20-an

dan tidak mempunyai akaun media sosial, yang menggambarkan keperibadiannya yang tidak mendambakan perhatian.

“Saya teruja apabila bakal merisik bakal menantu untuk anak sulung saya pada minggu depan. Setakat ini, kami merancang nak beli cincin tanda.

Che Ta tak sabar nak dedah bakal hantar rombongan merisik, teruja bakal menantu berhijab

“Sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak, tapi lepas ini kena doa rumah tangga dan jodoh terbaik untuk dia.

“Saya sebagai ibu, saya gembira untuk dia (Ammar). Tak kisah siapa pun yang dia pilih, saya nak dia bahagia. Saya suka wanita pilihan Ammar tu sebab dia pakai tudung,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Merdeka Astro yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights, pada Rabu.

Selain itu, Che Ta menyatakan penerimaannya terhadap bakal menantu bukanlah hanya kerana imej bertudung.

“Sebenarnya saya sedia terima dia sebagai menantu bukan sebab dia pakai tudung, tetapi sebab Ammar sebagai suami yang perlu mendidik dia menjadi isteri yang terbaik.

“Tapi bila dapat yang berhijab tu lebih mudah lah. Dan lagi satu, wanita tu bukan jenis yang suka main media sosial,” katanya.

Bercerita lebih lanjut tentang tarikh penyatuan dua hati tersebut, pelakon Rombongan Makciks ke Dataran Merdeka itu memberi bayangan bahawa majlis pernikahan mereka hanya akan dilangsungkan setahun lagi.

“Ini kerana bakal besan saya mahu melepaskan dulu anak sulung mereka. Selepas itu barulah majlis Ammar akan dilakukan.

“Tetapi perincian majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika acara merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar,” katanya.

Sekadar info, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata, iaitu Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana, selain Ammar.

Baca Juga: ‘Aku dahlah tengah lemah tahan alahan mengandung, bila nak makan, makanan dah kena rembat rupanya budaya keluarga mertua’