Haram hukumnya trend meminta ‘gift’ di TikTok ini penjelasan mufti

Oleh FAHMI ABBAS

‘Trend’ meminta hadiah atau ‘gift’ menerusi aplikasi popular TikTok semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna platform itu.

Pengguna tanpa segan silu, meminta agar orang ramai memberi sokongan dengan cara memberi gift.

Ia dilihat sudah menjadi alternatif baharu bagi generasi muda meraih pendapatan.

Tidak terlepas, artis-artis veteran juga sudah mula berjinak dengan aplikasi tersebut untuk mencari pendapatan.

Jika pendapatan dicari kerana berniaga atau menawarkan perkhidmatan, ia boleh difahami.

Haram hukumnya trend meminta ‘gift’ di TikTok ini penjelasan mufti

Namun ada segelintir yang mengambil kesempatan menagih hadiah dari penonton.

Mengulas perkara itu, Mufti Terengganu, Dr Mohamad Sabri tampil menjelaskan bahawa hukum meminta-minta atau mengemis secara atas talian adalah haram dalam keadaan apa sekalipun.

Mohamad Sabri berkata, walaupun seseorang itu mungkin berada dalam kesusahan, namun ia tidak bermaksud dibolehkan meminta-minta ‘gift’ jika tiada usaha mencari kerja.

“Kadang-kadang kita rasa mungkin seseorang itu betul-betul berada dalam kesusahan, tetapi mereka tiada inisiatif untuk bekerja malah sebaliknya mengemis di media sosial platform,” katanya memetik laporan Majoriti.

Beliau juga menekankan bahawa dalam agama Islam, memberi sedekah adalah satu amalan yang mulia namun ia harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab.

“Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima,” katanya merujuk kepada satu hadis yang menekankan pentingnya memberi bantuan kepada yang berhak.

Beliau turut mengutarakan pandangannya bahawa sekiranya seseorang benar-benar dalam keadaan terdesak, memang dibolehkan untuk meminta bantuan.

Namun, dalam dunia yang penuh dengan fitnah pada masa kini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya percaya tanpa usul periksa.

“Pemberi bantuan juga perlu berhati-hati,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai untuk menggunakan saluran betul jika ingin menyumbang agar dapat berhati-hati dalam saham mengemis itu.

Tambahnya, sekiranya ragu-ragu adalah lebih baik tinggalkan.

Imam An-Nasa’I meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah bahwa Nabi SAW bersabda, sedekah yang paling afdal adalah sedekah dari orang yang serba kekurangan.

“Maka dalam bentuk apapun yang namanya mengemis, meminta-minta itu sebenarnya dalam Islam diharamkan dalam bentuk apa saja.” (Riwayat Imam An-Nasa’I).

Baca juga: Wanita terkejut baru tahu melancong di Singapura sangat mahal