Pengantin kena aniaya dengan keterer, pagi nak nikah baru pasang pelamin, makanan pulak basi

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Dalam menuju hari bahagia, setiap bakal pengantin pastinya akan membuat persiapan berbulan-bulan lebih awal

merangkumi tempahan katering, pelamin, busana mahupun khidmat MUA untuk merias mempelai wanita.

Namun siapa sangka bagi wanita bernama Shasha Adira ini, majlis perkahwinannya yang baru saja berlangsung minggu lalu bertukar menjadi kenangan buruk.

Saya dapat ugutan langsaikan semua bayaran jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku

Menurut pendedahan di Facebook, Shasha berkata pihaknya sudah membuat tempahan awal dan membayar separuh deposit kepada pihak katering sejak tahun 2023 lagi.

Pengantin kena aniaya dengan keterer, pagi nak nikah baru pasang pelamin, makanan pulak basi

Namun semakin mendekati tarikh majlis, satu persatu masalah mula tercetus. Kurang 2 minggu sebelum acara berlangsung, pihak katering meminta Shasha membayar jumlah penuh sedangkan mengikut perjanjian asal, baki bayaran boleh diselesaikan selepas majlis.

Subuh Baru Pasang Pelamin, Makanan Tiba Lewat Basi, Pengantin Dianiaya Katering

Jam 4.00 pagi baru sampai…Pemasangan pelamin ambil masa sehingga ke subuh

Enggan masalah lain timbul, Shasha akur dengan permintaan pihak katering.

Pun begitu, dia mulai cemas kerana pelamin yang seharusnya dipasang 2 hari lebih awal tidak kunjung tiba. Apabila ditanya, Shasha mendakwa pihak bridal memberikan respon yang agak kasar.

Akhirnya, pelamin berkenaan dipasang pada saat-saat akhir dan hasilnya juga tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

Subuh Baru Pasang Pelamin, Makanan Tiba Lewat Basi, Pengantin Dianiaya Katering

Sambal berbuih, bubur kacang hangit, makanan beradab busuk, ikan tak masak & busuk

Tidak terhenti di situ, rupanya masalah berlarutan sampai ke aspek MUA dan juga makanan.

Mengikut perjanjian asal, pihak katering perlu menghantar makanan ke rumah pengantin pada jam 9.30 pagi.

Malangnya, makanan berkenaan tiba lewat iaitu pada jam 11.50 pagi di saat semua tetamu sudah mula sampai di rumah pengantin perempuan

. Kemudian, hidangan untuk 600 pax telah habis dalam masa 2 jam sahaja walhal nasi masih banyak tersisa. Yang lebih terkilan lagi, terdapat juga beberapa jenis makanan sudah rosak dan berbuih.

Baca :Bos baru Hamas, ini latarbelakang Yahya Sinwar sebelum naik pangkat