Wanita terkejut baru tahu melancong di Singapura sangat mahal

Oleh SURIANI HAMDAN

Seorang wanita Amerika Syarikat mendakwa Singapura bukanlah tempat terbaik untuk dilawati selepas

Dia menyedari terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk melancong di negara itu.

Kata wanita itu yang juga seorang pengguna TikTok, dia terpaksa mengeluarkan belanja RM20,455 atau SGD$6,000 untuk penginapannya selama lima hari.

Ini bermakna hotel mengenakan bayaran penginapan sebanyak SGD$1,200 (RM4,000) semalam.

Harga hotel di republik itu agak mahal disebabkan Singapura mengharamkan penginapan murah, Airbnb.

Wanita terkejut baru tahu melancong di Singapura sangat mahal

“Penginapan Airbnb diharamkan di Singapura. Jadi semua hotel sangat mahal,” kata wanita tersebut.

Katanya, dia sudah membelanjakan RM30,679 atau lebih SGD$9,000 di Singapura.

Dia membayar kira-kira SGD$800 (RM2,732) untuk pengangkutan.

Wanita berkenaan juga membelanjakan sebanyak AS$1,500 (RM5113) untuk makanan.

“Adakah Singapura patut dilawati? Ya! Tetapi, adakah ia berbaloi dengan harganya?

“Tidak,” kata De Bree.

Baca juga:  ‘Cerita dalam podcast tu banyak ditokok tambah’ Jep Sepahtu tuju kepada podcast Shuib ke?