Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hai. Saya isteri dan surirumah yang sedang mengandung anak ke 3.
Family saya sempurna. Anak anak bijak, suami yang sedang berjaya, ada syarikat sendiri dari takda apa apa.
Dah 7 tahun saya kenal suami, 5 tahun berkahwin. Suami seorang yang sangat baik. Nafkah batin zahir memang terjaga.
Kami pun tak pernah bergaduh mungkin 2 kali je kot sepanjang kenal.Bulan 10 lepas, dia start busy.
Busy teramat sangat. Saya faham kerjaya dia. Run bisnes sendiri, dan agak sibuk dengan pilihanraya.
Saya seorang isteri yang agak matang, jadi saya tak pernah persoalkan dia punya jadual. Saya sorang sorang uruskan anak anak dirumah, dengan sarat mengandung.
Suami pun tak pernah tunjukkan apa apa yang pelik. Suami pasti cari masa untuk luangkan bersama kami. Bawak jalan jalan, bawak makan shopping. Jadi saya tak pernah curiga.
Satu hari atas kuasa Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar.
Saya tengah kupas oren untuk anak kedua, diatas meja makan ada resit resit suami. Dia memang suka letak merata, jadi saya tak pelik.
Cuma, naluri hati ni suruh baca one of the receipt. “In Room Dining” @ hotel JW Marriot. Saya terus, tak keruan.
Suami tengah tidur masatu, saya kejut. Dia cuba menidakkan lagi. Haritu baru saya check handphone dia, dan tengok waze, ye memang dia kesana.
Hancur hatiku ini Ya Allah. Bila saya tengok gallery, banyak ye gambar perempuan tu.
Perempuan tu suami cakap “freelance”, dia takda hubungan dengan perempuan tu. Dia bayar RM800 untuk servis. Dia cakap mereka terlanjur sekali.
Kecewanya saya rasa, kenapa saya diduga begini. Suami merayu rayu mintak maaf, menangis cium kaki saya.
Saya memang dah macam orang hilang akal. Dunia saya gelap. Suami yang saya agung agungkan sangat, how perfect he was, buat begini dekat saya.
Habis handphone dia pecah berderai. Dalam mengandung2 saya sepak terajang, cakar dia. Sakit hati punya pasal. Padahal saya seorang isteri yang lemah lembut je pun.
Fast forward, dah sebulan kes kantoi ni jadi, hari hari suami mintak maaf dekat saya. Perempuan tu memang lesap on the day kantoi. Sungguh profesional.
Suami pernah bawak saya nak confront perempuan tu dan tanya semua details sebab saya tak percaya sekali je mereka selingkuh.
Tapi perempuan tu terus lesap hingga kini. Suami cakap dia memang tak bercinta, dia cuma bayar perempuan tu.
Katanya sebab “stress” kerja? Cam bdoh kan alasan.
Saya cuba bagi last chance untuk suami, suami dah tak busy lagi.
Sejak kantoi hari hari saya ikut suami pergi ofisnya, dia share live location, dan hari hari saya pegang phone, kad bank semua. Sebab saya memang tak percaya!
Dan dia merayu tak nak lepaskan saya. Saya memang fikir cerrai jalan terbaik untuk kecurangan ini.
Tapi hati jadi sedih lihatkan anak anak yang masih kecil, masih dalam kandungan yang sangat sayangkan ayah mereka.
Until now ada hari hari yang saya memang akan melepaskan amarah saya dekat suami. Baling cawan periuk belanga semua, suami saya sabar je tadah je. He deserves it. Padan muka.
Cuma saya nak mintak followers dekat sini tunjukkan saya how to redha?
Caranya camana untuk melupakan, dan move on.
Saya pun tak suka sedih lama lama. Cuma terlalu perit untuk menerima kesilapan suami.
Saya tetap sayang suami saya, dan keluarga saya.
From,
Isteri perfect 10 pun kena curang. No one save in this world. Man is a piece of shizz.
Reaksi Warganet
Anis Amira –
Aku tak tahu kenapa nangis baca cerita ni. Semoga Allah tunjukan jalan terbaik untukmu.
Aku ada kawan, laki dia selalu curang. Mula mula alasan sunyi takde anak. Lepas 5 tahun nikah, dapat anak, curang jugak.
Tak sampai setahun anak 1st, mengandung lagi. Dalam tengah mengandung pun laki curang lagi.
Sungguh aku tak faham. Sedih betul. Kuat betul korang yang diuji begini
La Reine –
Ada lelaki bila senang sikit, dia cari perempuan lain. Sebab tu Allah tak bagi dia senang, kalau senang lagi banyak maksiiat yang dia buat.
Atur langkah lah sis, pelan pelan atur lah hidup awak. Tak hari ni, esok esok bila dia senang, dendiam dia tinggalkan awak juga..
Ome Yaacob –
Dugaan dari Allah bukan saja untuk suami tetapi untuk puan juga.
Sekiranya masih sayangkan rumahtangga dan suami, maka redha lah semua yang berlaku adalah ujian Allah untuk puan.
Suami sudah meminta maaf maka maafkan lah dia.
Sekiranya kita redha semua yang terjadi samada baik atau buruk adalah aturan Allah dan semua didunia ini suami, anak anak, harta adalah pinjaman yang boleh diambilnya dan bukan hak mutlak kita.
Maka belajar lah untuk redha dan tawakal sepenuhnya kepada Allah.
Memang pahit dan perit lebih lebih lagi at the back of our head kita akan teringat akan kecurangan yang dilakukan.
Berbaik sangka dengan Allah, ujian diberi adalah untuk kita kembali mengingatiNya dan akan menjadikan kita lebih kuat.
Sebagai ibu kita penat kerana perlu menjaga dan mengurus rumah dan anak anak.
Tanya diri kita semula sekiranya kerana tidak lagi percaya kepada suami kita perlu pula menjaga dia setiap masa, sanggup kah kita?
Perlahan lahan beri lah kepercayaan puan kepada suami, lets Allah take care of him. Mohon dengan Allah agar diberi kesedaran kepada suami.
Insyallah bila kita menyerahkan semua kepada Nya puan akan tenang dan berlapang dada.
Kita semua tidak bebas dari melakukan dosa, Allah pun ampunkan hambanya apa lagi kita manusia biasa yang tidak berkuasa. Semoga puan tabah dan bahagia semula. Ameen.
Bai Zure –
Cerita ni mengingatkan saya pada orang yang saya kenal yang menerima suaminya semula.
It’s not easy. Apa yang saya tahu, apa yang dia buat. Banyakkan amal ibadat. Ingat Allah lebih. Sebab hanya Allah sahaja yang boleh pulihkan hati.
Saya doakan urusan puan dipermudahkan. Ujian tanda Allah sangat menyayangi puan. Dan saya tahu ramai lagi isteri isteri diuji diluar sana.
Percayalah. Semua perkara yang dilakukan di atas dunia ini akan diadili hatta sebesar biji sawi.
Saya doakan puan diberikan ketenangan hati, kesabaran dan dipermudahkan urusan bersalin.
Dptkan sokongan keluarga. Saya risau sebab puan akan melahirkan anak. Jangan terlalu tertekan. Kesian anak dalam kandungan. Hugs
Sanisha Bogaraja –
Bayar RM800 untuk servis, itu bukan TERlanjur sebenarnya.
On the bright side, he’s not narcissist SEBAB baling segala periuk belanga, suami tidak balas dengan naik tangan.
Suami pun mengaku bersalah dan minta maaf. Ada harapan dia benar benar nak berubah TETAPI lelaki hanya berasa begitu apabila kantoi.
Terpulang pada TT. Beri tempoh masa SEBAB untuk merawat hati yang luka asbab suami curang sampai berziina, bukan makan masa sehari dua.
There’s a say, once a cheater, always a cheater. Jadi, kenalah berhati-hati juga.
Pada masa yang sama, siasat juga sejauh mana hubungan mereka SEBAB ada banyak gambar dalam galeri telefon.
Satu perempuan itu sahaja sekali atau ramai perempuan? Ini penting untuk kesihatan TT.
Apa yang TT lakukan, kebanyakan isteri kena curang akan buat perkara yang sama.
Yang membezakan jika suami menunjukkan rasa bersalah dan ingin berubah serta tidak balas semula, manakala jika isteri dapat memaafkan dan memberi peluang kedua.
Annazirin Eli –
Jangan hidup bertuhankan suami. Bila suami curang, kita terus jadi macam bukan manusia yang waras.
Allah uji sebab Allah nak kita kembali bergantung pada Allah semata mata. Bukannya rasa kita dah “perfect 10” maka suami takkan cari perempuan lain.
Suami tu hanyalah pinjaman dari Allah bukan milik kita pon.
Apa yang boleh kita buat selepas diuji, mesti kembali mentauhidkan diri pada Allah i.e. improve your ibadah:
1. Fahamkan semua bacaan dalam solat supaya solat kita lebih berkualiti
2.solat awal waktu
3. tadabbur Al Quran untuk faham dan amalkan dalam kehidupan kita dan byk lagi sebenarnya yang kita masih belum buat
Try yang ni dulu InsyaAllah hati lebih tenang untuk hadapi apa apa ujian dari Allah, wallahu’alam