“Dah nak berbuka.” Aku tengok suamiku sedang gopoh-gapah sediakan juadah berbuka. Aku macam biasa, sibuk.
Puasa ke tak puasa ke, bagi aku sama saja schedule hidup aku. Bisnes online yang makin menyibukkan diri ini.
Lebih-lebih lagi, bila nama aku dah makin meningkat naik di kalangan penjual barangan secara online di internet.
Produk yang ku niagakan laris di pasaran. Tak menang tangan dibuatnya.
Gajet di tanganku memang susah nak dipisahkan. Aku pun dah jarang berada di rumah sebenarnya.
Masa banyak dihabiskan di kedai. Kadang-kadang, sampai lewat pagi ke re-stock baranglah, kena siapkan barang-barang yang kena poslah. Dengan kata lain, aku memang sibuk dengan kehidupanku sebagai usahawati.
“Siap.” Suamiku sambil mendukung anakku yang berusia empat tahun. Ada seorang lagi, enam tahun. Dah bersila depan makanan tak sabar-sabar. Maklumlah baru belajar puasa.
“Dah nak azan ni. Marilah duduk makan sekali. Saya dah siapkan semuanya.” Tersenyum memanggilku. “Awak makanlah dulu. Saya ada kerja nak siapkan sikit. Saya kan tak boleh puasa hari ini.”
Suamiku cuma tersenyum. Hambar. Bila azan berbunyi, ku lihatnya berdoa kemudian mulai makan. Sambil suapkan anak sekali. Aku kadang-kadang kasihan juga tengok suami macam terabai sikit.
Tapi, kalau aku tak kerja kuat, keluarga ini takkan senang. Berapa sangat pun gaji suami sendiri. Tak cukup. Tambah lagi dengan mata wang ringgit yang menyusut. Bazar Ramadan misalnya, aku dah book tapak awal-awal. Untuk duit raya anak-anak.
Sebenarnya, dah hampir dua tahun jugalah aku tak begitu mesra dengan suami. Bukan sebab tak sayang, tapi dia tak begitu membantu aku pun dalam perusahaan atas talian. Dia tak mahir. Aku boleh buat sendiri dengan pekerja-pekerjaku.
Ku akui diri sendiri pun jarang ada masa untuk suami. Lebih sibuk dari doktor di hospital. Seakan selalu ada on-call. Akhir-akhir ini, aku dijemput buat talk dan forum pada peniaga-peniaga baru, semua itu aku hadiri sebab dibayar lumayan. Bila dah ada duit ni, baru ramai orang buka mata nak respek aku. Manusia.
Kereta dah dua buah aku beli baru. Semua dengan usaha dari tangan ini. Kudrat ini. Puas hati. Target aku seterusnya untuk beli rumah baru yang lebih selesa untuk kami anak-beranak.
Bagi aku, erti sebuah perkahwinan hanya manis di awalnya saja. Bila anak dah dua tiga, perkahwinan tidak lebih dari sekadar beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Nak tak nak, kena survive. Tak kuasa nak berkepit 24 jam dengan suami. Logiklah sikit.
“Saya nak keluar pergi terawih ni di masjid. Awak boleh jaga anak-anak tak malam ni?” Suami menyatakan hajat. “Saya pun ada kerja di kedai malam ni. Penting.”
Suamiku senyum. Mengalah. “Baiklah. Kalau begitu, saya jaga anak-anak di rumah saja.” Aku yang dah siap, terus keluar ke kedai. Suamiku bersolat terawih di rumah saja. Senang nak monitor anak-anak. Actually, suamiku tak ada kerja tetap. Dari zaman bujang sampai sekarang, kerjanya adalah menjual burger.
Taklah jauh sangat dari rumah kami. Dulu, jujur aku pilih dia sebab simpati. Masa tu, dia ditinggalkan aweknya yang dah tak tahan dengan sikap lelaki itu yang bertangguh-tangguh masuk meminang.
Bagaimana nak masuk meminang anak dara orang dengan pendapatan tak seberapa macam tu? Bila diinggalkan, aku yang ambil tempatnya. Letakkan mahar yang berpatutan. Dapatlah kahwin. Kalau tak, memang tak kahwinlah mamat tu. Tapi, dia baik. Tak ada perangai. Jenis solat. Itu yang buat aku sedikit lega.
Dalam bulan Ramadan, dia akan berniaga di sebelah malam. Selepas budak-budak dah tidur. Pukul 11 sampai pukul 4 pagi. Bulan-bulan biasa, lepas Asar sampai Maghrib. Kemudian, sambung lepas Isyak sampai tengah malam.
Hari hujan, tak berniaga. Kadang-kadang, dapat banyak. Kadang, sikit. Kadang, tak balik modal. Adatlah. Atas rezeki. Purata pendapatannya, bolehlah buat lepas bayar bil-bil bulanan.
Untuk bayar kereta, memang tak lepas. Sekadar makan pakai biasa-biasa. Mula-mula nikah, aku memang tak kisah. Cinta tengah mekar, kan. Semua pun sanggup. Tapi, bila berpijak di realiti, suami gaji sikit memang memeritkan hidup.
Apa pun aku tak boleh nak beli. Semua terhad. Semua terbatas. Tu yang aku meniaga online. Nasib baik, rezeki menyebelahiku. Sejak aku sibuk berniaga, suamiku yang ambil alih tugas menjaga anak sepenuh masa.
Aku memang tak sempat. Dia pun tak kisah. Selalu dia bawa anak-anak ke gerai burgernya. Dekat saja dengan rumah mentuaku. Malam itu, aku balik pukul 2 pagi. Selesaikan semua urusan.
“Saya nak ke bazar Ramadan ni. Bawa anak-anak sekali. Awak dekat kedai lagi ke?”. Suami mesej. “Ya, pergilah. Saya berbuka di kedai hari ini dengan pekerja-pekerja. Solat di kedai ni. Tak perlulah tunggu saya.”
Dia reply, “Baiklah. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat. Saya pergi dulu.” Aku meneruskan kerja macam biasa. Banyak tempahan dapat sebelum raya. Orang nak pakai buat raya belaka. Dalam hati girang, untung besar.
Selesai saja berbuka puasa, aku terima panggilan. Nombor siapa pula ni? Customer kot. Segera ku angkat. “Hello, puan. Saya pegawai dari balai polis. Saya nak maklumkan suami dan anak-anak puan terlibat dalam kmalang4n jalan raya.
Keretanya bertembung dengan kenderaan 4×4 yang dipandu laju, yang masuk ke arah laluan yang bertentangan.” Aku kaget. Terkejut “Suami dan anak-anak saya bagaimana?!”
“Sabar, puan. Mereka semua telah dibawa ke hospital berdekatan. Dua daripadanya dalam keadaan kritikal. Seorang lagi anak puan stabil dan luka ringan. Puan boleh datang segera ke hospital.”
Aku tak tunggu lama, terus berkejar ke sana dengan jantung yang berdebar-debar. Sampai di hospital, hancur luluh hati ini. Lutut rasa gigil. Terketar-ketar. Anak bongsuku dikhabarkan tidak dapat diselamatkan.
Suamiku pula dalam keadaan koma dan masih kritikal. Hanya anak sulung kami yang terselamat dan mulai sedar. Aku berdoa dan terus berdoa dalam keadaan pandangan yang makin kabur. Entah berapa gelen air mata telah keluar aku tak hiraukan lagi.
Akhirnya, khabar kedua sampai ke telingaku. Suamiku pergi jua. Masa itu juga, duniaku kelam. Gelap. Rebah tidak berdaya lagi. Dua hari lagi dah nak raya. Pintu rumah kami diketuk seseorang. Seorang lelaki tercegat di luar pintu. Sekadar ingin berdiri di luar. Sekejap saja katanya.
“Puan ni isteri kepada abang yang jual burger tu ya?”. “Ya, saya. Awak siapa? Suami saya baru mninggl.” Pemuda itu tenang seraya menjawab. “Saya tahu mengenai hal itu. Takziah, puan.
Kedatangan saya ini adalah mengenai pakej umrah yang aruwah suami puan dah ambil sebelum beliau mninggl. Pakej untuk satu famili. Beliau dah bayar full. Saya datang ni untuk kembalikan semula wangnya. Nah.”
Aku kehairanan sendiri. “Setahu saya, suami saya tidak ada simpanan sebanyak ini.” Pemuda itu mengangguk, senyum. “Ceritanya begini. Sejak hari pertama Ramadan, saya telah singgah di gerai burger suami puan untuk bersahur. Saya perkenalkan diri sebagai ejen syarikat travel dan umrah. Masa berbual-bual itulah, suami puan menyatakan minatnya.
Dia kata, dah lama dia menyimpan sedikit demi sedikit duit, sejak bernikah dengan puan lagi. Simpan sendiri dalam bank yang puan sendiri tak tahu. Katanya nak buat kejutan pada puan. Pada suatu malam, bila saya singgah lagi, kebetulan masa tu tiada customer, dia bercerita panjang.
Dia kata dia sangat sayangkan puan. Namun, dalam masa yang sama dia sedih sebab tak mampu bagi kemewahan dan kesenangan pada puan. Malahan, puanlah yang bertindak menyara keluarga kini. Dia kagum dengan semangat puan jadi usahawati. Banyak kali dia puji puan depan saya.
Dia kata, kalau nak cari isteri, carilah yang seperti puan. Berdaya saing dan maju ke depan. Terbaik. Suami puan juga seorang yang suka bercakap mengenai agama. Sempat dia pesan kepada saya,
“Kamu buatlah amal dengan tulus ikhlas dalam bulan Ramadan ini. Memang seperti saya yang hanya menjual burger ini tidak punyai apa-apa kelebihan pun. Namun, untuk orang-orang yang ikhlas, Ramadan adalah hadiah istimewa baginya.
Allah beri peluang kepada kita untuk pergi ke arah-Nya dengan lebih dekat. Rapat-serapatnya. Peluang yang dibuka seluasnya. Bila ikhlas, sebagaimana kurang pun kita di sisi manusia, pasti dipandang lebih di sisi Allah.
Bukan soal banyak atau sikit gaji, tapi soal ikhlas atau tidak hati. ‘Imaanan wahtisaaban’. Yakin dengan kemuliaan Ramadan. Yakin dengan Allah. Percaya dengan janji Allah. Merindukan Allah dan balasan dari Allah.
Insya-Allah. Hati yang hidup, dengar saja akan datangnya Ramadan, sebak dan menangis. Datangnya dihargai. Perginya ditangisi dan dirindui. Seperti manusia. Ketika ada, dihargai. Bila tiada, dirindui. Hargai dan rindui paling besar adalah pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”
Pemuda itu meminta diri. Aku terduduk di sisi pintu rumah. Air mata jatuh ke pipi tak tertahan lagi. Aku yang gagal menghargai. Selama ini suami di sisi, setia menyayangi. Aku yang selalu memandang rendah dirinya. Tambah pilu, anakku yang terselamat itu sering memanggil-manggil ayahnya.
Tinggi rendah pendapatan suami bukanlah ukuran. Jauh lagi perbandingan. Yang lebih penting, dia cari rezeki halal untuk menyaramu. Lebih utama, dia ikhlas menyintaimu.
Bila yang ikhlas telah pergi. Air mata seluas lautan, tak mampu buatnya kembali. Jangan lupa kongsi cerita ini kepada orang yang paling anda sayangi.