Assalam semua beberapa hari lalu saya ada post mengenai saya kahwin dah 7 tahun.
sekarang mengandung anak kelima yg mana bulan 10 saya akan melahirkan dan suami pula cur4ng dibelakang saya serta terlanjur dengan ex gf dia.
Kelmarin kami bergduh besar suami pluk saya sekuat2 nya, meminta maaf dan berkali2 menc1um dahi saya.
Saya hanya mampu menagis , meraung sekuat hati dan melutut di kaki suami.
Saya paksa suami untuk beritahu apa salah/silap saya dan kekurangan saya sampaikan suami cuurang dibelakang saya.
Mula – mula tiada jawapan namun dengan desakan bertalu2 baru suami bersuara, suami cakap saya tiada kekurangan , cukup dalam melayani dia , anak2 dan segalanya ,
cuma sejak akhir tahun2 lepas dia terjumpa ex gf suami dan berbagi nombor hp sejak itu suami mula berubah dan rasa seperti bujang , mula2 berkawan lepas tuh bercinta semula alang2 ex suami tak kahwin lagi , kerap keluar bersama tuh yang mereka hanyutt serta terlnjur.
Suami mula rasa seronok dan akhir nya suami lupa siapa dia. Suami jujur dia terlnjur dengan ex gf dia sejak 2 bulan lepas, nak bersama saya suami rasa kurang selesa sebab saya sedang sarat mengandung , perut pun makin bulat membesar dan kedepan jadi sukar untuk dia menyetubuhi saya.
Entah kenapa waktu suami saya cakap macam tu saya tak boleh terima, saya terus sambut tangan suami c1um , mintak maaf dan mintak suami untuk mencraikan saya talak 3 lagi bagus saya terima.
Saya hanya mampu cakap dekat suami hanya kerana saya sarat mengandung suami memilih untuk menyetubuhi perempuan lain, hanya kerana prut saya semakin membulat dan membesar suami lebih memilih untuk puas kan diri nya bersama perempuan lain
Hanya kerana sy mengandungkan anak dia, hanya kerana itu. Yaa Allah sumph demi Allahh saya tak boleh terima langsung alasan suami. Kalau alasan suami rasa terabai , kurang layanan, saya menderhaka saya masih boleh terima … rasa marah , geram , rasa nak membnuh mula menguasai diri .
Syukur saya masih waras dan boleh kawal perasaan, saya bersyukur kerana allah memberi saya rezeki kesuburan dan mudah untuk mendapatkan zuriat .
Ada sesetengah pasngan menunggu bertahun2 untuk dapatkan zuriat tidak beruntung seperti kami , dulu tiap kali lepas melahirkan saya nak merangcang tetapi suami tak izinkan untuk makan pil atau sebagai nya, pakai kndom suami cakap tak puas, nak rangcang sendiri bile suruh buang luar suami terlepas dalam.
Dah jadi macam ni apa semua salah saya ? Apa saya yang tak pandai merangcang dan jaga tubuh?. saya tahu ini dugaan buat saya allah tak akan bagi ujian ni kalau saya tak mampu mungkin ada hikmah di sebalik dugaan ini.
Setiap manusia buat kesilapan kan? dan dari kesilapan itu lah kita belajar .. saya harap suami belajar banyak bende dengan apa yang dah jadi sekarang ni ..
untuk anak kelima ni satu persiapan pun saya belum buat lagi dari baju baby , sarung kaki&tangan , bedung , pampes , barang mandian set bersalin satu pun saya tak beli lagi dan siapkan.
Baju anak2 saya lepas semua saya dah bagi orang sebab ada yang lebih memerlulan so saya bagi lah, bulan 8 ni gelap perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Mungkin setakat ni saja lah jodoh kami, saya nak pertahankan rasa skit.
Dahulu suami pernah currang tapi tak pernah terlnjur dah saya beri peluang ke dua, dengan kecuraangan yang suami pernah buat lepas2 saya masih ingat sampai sekarang apa tah lagi kecuraangan yang suami dah buat sekarang ni , mesti saya akan ingat sampai akhir hayat saya.
Jadi saya ambik keputusan undur diri .. mungkin saya derhaka kerana meminta crai di waktu sarat hamil namun apa kan daya saya tiada kekuatan.
Di pendekan cerita sekarang saya sudah pun berada di rumah ibu bapa saya , peguam yang urus kan k3s saya adalah kakak saudara saya dan apa2 mengenai bayaran abang saya akan tangung semua nya , anak2 buat masa ni semua saya serah kan pada suami.
Hari sabtu pagi tu jugak saya urus kan semua, keluarga suami dan keluarga saya dapat tahu je perkara ni terus mengmuk besar dan srang suami. hal tu sikit pun saya tidak masuk campur biar lah suami selesai kan.
Sekarang saya cuma membawa diri , rehat dan tenang kan fikiran alang2 duedate saya semakin hampir .. anak2 saya serah kan pada suami sebab saya nak suami tahu dan rasa menjaga , mengurus , merawat seorang anak sangat2 lah tidak mudah apa kan lagi jaga 3,4 orang anak.
Kental tak kental saja lah hati menjaga mereka. bila saya dah bersalin dan habis pantang saya rangcang nak berkerja. Lepas ekonomi saya dah utuh dan kukuh baru saya ambik hak jagaan anak2 sepenuh nya dan untuk anak kelima ni saya akan berikan pada adik saya.
Adik saya kawin dah 4 tahun tetapi belum d’beri rezeki zuriat lagi .. barang2 keperluan baby dan pantang adik saya dan isteri nya akan beli dan uruskan.
Apa reaksi warganet
Nazuha Alias, Sedih nya kisah sis nih. Tp kagum dengan kecekalan hati sis. Sy suka bila sis tak gunakan alasan anak untuk belas kasihan. Sy puji tindakan sis serahkan anak2 pd ex untuk dia jaga, biar dia tau mcm mana nak jaga anak2. Alasan dia bg mmg minta kita jd pembnuh. Syabas sis. Sy doakan semoga rahmat Allah selalu dgn sis.
Nana Emran, Bagus tindakn awak ni..Dari hati saakit mengenangkn perbuatan dia n mkn hati…Ada baiknye berpisah..jd janda x lh teruk sgt..selagi kite tau jaga batas n fokus nk membesarkn ank2…sy sendiri dh 5 thn hidup sendiri bersama2 4 ank sy…sokongan family n kwn2 yg baik…sgt membantu..hidup lebih tenang n bahagia bersama ank2…yg penting solat awal waktu ye.
Faziatul Fatihah, Agaknya mmg nasib org perempuan dn isteri dilayan mcm sampah oleh suami kn..Aku baca cerita ni pun,jd sedih..Nasib org perempuan..bila nk merancang khamilan,suami x bg..X bg mkn pil..Bila suruh cara lain dkatanya x puas..Akhirnya mngandung.
Bila ank dh 5, suami crang..Punca crang sbb perut isteri dah besar dn suami x selesa..Klu ko x selesa dgn perut bini,jgn la bg bini mngandung byk kali..Bini jd mcm tu,jd hodoh pun sbb suami jgk kn..Skrng,suh la skndal ko jaga semua anak2 ko..Ni namanya laki x guna.
Widya Rahim, Tahniah sis. Kerana memilih utk menyayangi diri. Anda berhak utk bahagia. Islam ajar suami utk menjaga isteri sebaik-baiknya bukan sebaliknya.. Inshaa Allah semoga Allah pelihara TT & anak-anak. Semoga dipermudahkan dlm urusan TT.
Apapun.. sy doakan TT & semua anak-anak termasuk yg bakal dilahirkan dapat hidup bersama dgn bahagia.. perit hati bila terluuka.. semoga luuka kembali sembuh. Setiap kesuulitan insha Allah akan digantikan dgn bahagia.. doa banyak².
Amy Amirah, Respect dgn sis.. Kena tegas dlm hal mcm ni, klau dh prnah buat skali x mustahil utk jd lg lpas ni. Utk isteri2, mntak tlg rancang keluarga. Kta ada hak atas badan n kesihatan mntal fizikal kta.
Contoh kisah tt ni sbnarnya byk berlaku, suami x bagi merancang, anak setahun sorg last2 suami crai. Nauzubillah.. Tt ni untung sbb family support n amik tau psal tt. Klau yg jenis ada problem dgn family sndiri or family mertua lg susah klau jd situasi mcm ni.. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran n semuanya.
Nur Inshirah, Nmpk sgt kahwin hny kerana nfsu…jgn dicuurang sini sana nt terkena penykit kelamin barulh kau tahu langit ni tinggi ke rendah…kena ingt isteri ni anugerah Allah…klu x pndai nk jaga, nt Allah tarik blk anugerah tu..nk menyesal pn dh tak guna..
Klu lah dulu si isteri x bg peluang, msti takkn jd cuurang kali kedua..sbbnya nmpk sgt x cukup sorang perempuan dlm hidup dia..klu kahwin kerana Allah, perkara cmni takkn jadi.
Sumber : KRT