Rupanya ini sebab ‘kelkatu’ suka sangat hurung lampu dalam rumah

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Selama ini, kita selalu dengar tentang teori yang mengatakan ‘serangga tertarik dengan cahaya lampu’, tetapi hasil kajian terkini menunjukkan sebaliknya.

Menurut kajian tersebut, cahaya lampu tidak ‘menarik’ serangga seperti yang dikatakan sebelum ini, tetapi sebaliknya ia ‘memerangkap’ haiwan-haiwan tersebut.

Menurut saintis, cahaya lampu buatan manusia mengganggu sistem orientasi badan serangga semasa mereka terbang.

“Hasil kajian kami menunjukkan bahawa cahaya buatan sebenarnya lebih cenderung memerangkap serangga

Daripada menarik mereka dari jauh,” kata Dr. Samuel Fabian, ketua pengarang dari Imperial College London.

Rupanya ini sebab 'kelkatu' suka sangat hurung lampu dalam rumah

Salah satu sebab serangga tertarik dengan cahaya adalah kerana mereka menggunakan cahaya bulan untuk navigasi. Oleh itu, mereka keliru dan menganggap cahaya lampu sebagai cahaya bulan.

Namun, teori ini tidak dapat menjelaskan mengapa serangga sering berkumpul di sekeliling cahaya lampu pada siang hari, seperti dilaporkan oleh New Scientist.

Teori ini juga meramalkan bahawa serangga akan terbang dalam lingkaran mengelilingi lampu, tetapi realitinya tidak sebegitu.

Untuk menjawab persoalan ini, Dr. Fabian dan pasukannya merakamkan pergerakan serangga di alam liar sekitar cahaya lampu menggunakan kamera berkelajuan tinggi dan motion capture. Mereka juga mengkaji pergerakan serangga lain seperti pepatung dan rama-rama dengan teliti.

Kajian menunjukkan bahawa serangga yang terbang di atas cahaya cenderung untuk menterbalikkan arah terbang mereka, terbang secara atas bawah, dan akhirnya jatuh ke tanah.

Bagi serangga yang melintas di bawah cahaya, mereka mula bergerak dalam bentuk gelung. Apabila sudut kemiringan mereka terlalu curam, mereka berhenti dan jatuh.

Apabila mereka mendekati cahaya dari sisi, mereka boleh mengelilingi atau ‘mengorbit’ cahaya tersebut.

Video-video dari kajian ini menunjukkan bahawa serangga terbang dalam sudut tegak terhadap cahaya, bukannya terbang secara terus ke arahnya.

“Daripada tiga situasi yang diamati, serangga cenderung untuk mengelak atau membelakangi cahaya, yang memicu respons cahaya dorsal,” jelas Dr. Fabian.

Respons dorsal ini juga terdapat pada beberapa jenis ikan dan kebanyakan serangga. Ia membantu haiwan untuk mengenali bahagian atas dan bawah badan mereka.

Kajian ini menarik perhatian dan persetujuan daripada ahli akademik lain dalam bidang entomologi. Dr. Roy van Grunsven dari Pusat Konservasi Rama-rama Belanda menyokong hasil kajian Dr. Fabian yang menggugat teori-teori sedia ada.

“Saya tidak pernah yakin dengan teori-teori lain,” katanya.

Dr. Fabian berharap kajian lebih lanjut dapat dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif cahaya buatan terhadap serangga.

Berdasarkan kajian ini, banyak serangga mati kerana mereka tidak dapat menentukan posisi badan mereka berdekatan dengan cahaya.

Hal ini boleh menyumbang kepada kepupusan serangga secara global.

“Pengurangan penggunaan lampu yang terang dan berbentuk menghadap ke atas boleh mengurangkan impak terhadap serangga yang terbang pada waktu malam,” katanya.

BACA: Dengar sama tapi berbeza, ini beza dialek siam Kelantan dan Kedah