“Aku dan suami kerap bergaduh, bukan pasal hal curang cuma suami ada satu tabiat yang memang aku tak berkenan”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Hi assalamualaikum semua.. Nama aku Nurul (bukan nama sebenar).. Aku dah berkahwin, anak 1..

Aku tengok ramai yang share hal rumahtangga kan, jadinya aku pun ingin share sedikit cerita hal rumahtangga aku..

Ceritanya berkaitan dengan suami aku.. Korang kalau baca pasal suami ni mesti suami curang ape semua kan? Sebenarnya tak..

Alhamdulillah, so far suami aku tak pernah curang.. Cumanya suami aku ni.. Hmm entahlah.. Nak katakan dia pemalas, rajin je dia keluar cari nafkah untuk anak bini..

Suami dan aku bekerja.. Suami aku kerja sendiri, manakala aku kerja di satu syarikat swasta yang dikenali orang ramai.. Anak aku hantar pengasuh..

"Aku dan suami kerap bergaduh, bukan pasal hal curang cuma suami ada satu tabiat yang memang aku tak berkenan"

Aku gaji tak laaa besar mana berbanding dengan suami.

Disebabkan suami rajin berkerja so no wonder laa gaji dia sebulan mencecah lebih 5k.. Incase dia menyimpanlah.. Kena mood dia nak shopping habis terus duitnya tuu..

Orang kampung mengenali suami sebagai orang yang rajin bekerja.. Rajin bergaul dengan masyarakat.. Tak macam aku.. Siang malam kerjaa.. Tiap kali program kampung tak pernah muncul..

Laaa suami dah rajin.. Ape yang kurangnyaa?? Haa mehh aku cerita lebih detail..

Suami ada sikap yang aku tak berkenan sampaikan kami kerap gaduh pasal hal ni, iaitu suka bersepah.. Kalau bersepah pandai kemas takpe laa. Ni bersepah teruk.

Aku ni sejenis tak suka barang berterabur, bersepah sana sini.. Sakit mata.. Bila balik kerja dah penat, balik rumah macam kapal karam, ye beremosi jadinyaa kan.. Macam tu laa aku..

Awal awal berkahwin tidak pulak dia tunjukkan perangainya begini.. Selepas pindah rumah sendiri dia mula buat perangai..

Memula aku boleh terima, bila aku nasihat dia dengar cakap.. Lama lama, tak makan saman dah nasihat aku..

Dikatanya aku suka mengeluh suka membebel.. Aku isteri yang emosinya tersangat penat. Pagi aku hantar anak ke pengasuh, pastu aku pergi kerja.. Balik petang ke malam ke aku yang jemput anaknya..

Balik rumah bersepah, aku penat. Bila aku mengadu katanyaa biasala tu penat jadi ibu sebabnya saya berkerja.. Bila saya nak berhenti dia tak bagi. Tunggu dia stabil baru boleh berhenti..

Yang jadi sedihnya suami aku tak pernah peduli perasaan aku.. Sehari boleh jumpa pun pagi sebelum pergi kerja dengan malam.. Tu incase dia balik awal.. Kalau tak.. Aku dengan anak dah tidur baru dia balik..

Aku sedih, aku mula tak bersyukur.. Kenapa suami aku tak macam orang lain?

Bila mana seharian bekerja, balik awal spend time dengan anak bini. Tapi suami aku bukan macam tu.

Balik mandi makan lepastu keluar semula, alasan motor kawan pancit, anak kucing nak beranak, mak kiah sesat jalan kampung..

Kami kurang komunikasi.. Kg office kengkawan aku bercerita suaminya tolong masak ape semua, aku? Suami aku tak pernah tolong aku.. Dia tolong kawan kawan dia ade laa.. Aku ni isteri, diletakkan last sekali agaknya..

Aku pernah tak kemas rumah hampir 2 minggu, suami lagi suka.. Lagi dia buat rumah macam tong sampah. Makan tak basuh, periuk kuali dibiarkan berulat semuanya..

Bila aku suruh dia kemas.. Dia cakap siapa buat sepah dia laa kemas.. Masalahnya diaa yang buat bersepah. Aku terlalu penat..

Aku rasa nak bercerai. Aku dah tak sanggup.. Ade orang mungkin cakap hal macam ni pun nak bercerai, tak fikir anak ke?

Aku fikir anak aku.. Mental aku, emosi aku siapaa nak fikir??.. Bagi korang, bende kecil je kan.. Bagi aku takk..

Aku cuma meluah.. Aku minta pendapat korang.. Yang nak kecam aku, aku takboleh nak buat apa apa. Bukan korang kat tempat aku..

– Nurul (Bukan nama sebenar)

BACA: “Pertama kali saya berkelakuan biadap dengan orang tua, saya keluar bilik dengan mulut berdarah saya ludahkan mak mertua saya”