Isteri penyanyi popular dakwa jadi mangsa kecurangan suami rupanya ‘gelap’ duit suami RM7.7 juta

Oleh ABD RAZAK SALLEH

“Kes ini sedang dibicarakan di mahkamah (secara tertutup) dan penyanyi lelaki tersebut sangat popular,” katanya tanpa mendedahkan identiti selebriti tersebut.

Isteri kepada seorang penyanyi terkenal didakwa menggelapkan wang syarikat milik suaminya berjumlah RM7.7 juta.

Wanita tersebut sebelum ini muncul dalam program televisyen tempatan dan mengadu bahawa dia menjadi mangsa penipuan oleh suaminya.

Ketua rangkaian guaman Thailand, Lawyers for Relief, Decha Kittivittayanan, menerusi siaran langsung di Facebook

Mengesahkan bahawa wanita itu sebenarnya terlibat dalam skandal kewangan.

Isteri penyanyi popular dakwa jadi mangsa kecurangan suami rupanya 'gelap' duit suami RM7.7 juta

Menurut Decha, wanita itu muncul di kaca televisyen sebagai seorang isteri yang ditipu oleh suaminya, tetapi dia diam-diam terlibat dalam pemindahan wang 60 juta baht dari akaun syarikat suaminya ke akaun peribadinya sendiri.

Tambah Decha, ketika dalam program tersebut, isteri tersebut menangis dan mendakwa bahawa suaminya adalah seorang lelaki jahat kerana mempunyai wanita simpanan.

Dia juga mengadu bahawa wang nafkah sebanyak 100,000 baht (RM12,780) sebulan yang diberikan oleh suaminya tidak mencukupi untuk membesarkan anak-anak mereka.

“Dia mengadu mengenai pendapatan suaminya dan mahukan lebih (duit). Namun, kenapa dia tidak menyebut mengenai wang yang diambil (60 juta baht)?

“Jika anda adalah suaminya, adakah anda masih mahu bersama wanita tersebut selepas mengetahui perkara tersebut?” tanya Decha.

BACA: “Bekas suami turut sama menangis, lepas tu dia cakap memang tak ada cara lain dah selain dari cara tu je untuk kami bersatu kembali”