Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi nama aku Lavender. Seorang surirumah. Umur 33 tahun, ada dua orang anak.
Sulung 6 tahun, kedua 3 tahun. Suami aku Alhamdulillah sangat baik.Baru baru ni suami aku kena outstation ke Perak beberapa hari.
Dia tanya boleh tak dia nak jumpa kawan kawan dia yang ada area Perak? So dia nak ada lagi dekat sana 1-2 hari.
Aku ok saja janji tahu jaga batas dan sedar diri suami orang. Haha.
7 hari aku uruskan anak anak seorang diri. Hantar dan ambil si sulung yang dah tadika. Masak, buang sampah ehh semua lah.
Suami aku balik hari ke 7. Malam tu suami aku cakap – Yang, esok awak pergi la jalan jalan mana awak suka. Saya pulak jaga anak. Paling lewat balik 9 malam tau.
Yabedabeduuuu – bahagianya dapat me time.
Pagi tu lepas subuh aku masak nasi lemak, potong buah siap siap letak dalam bekas untuk snek anak anak.
8.30 pagi aku keluar – kebetulan anak anak bangun lambat.
Suami bagi kad bank dia – aku salam suami sebelum keluar lepastu yihaaa!
Tapi aku taktau nak ke mana. Blur kejap. Takkan nak shopping groceries pulak.
Eh tetiba rindu nak jalan ke Serdang. 2010-2014 aku study dekat UPM. Dalam 30 min nak ke sana dari rumah aku.
Aku mesej suami cakap nak pergi Serdang tau. Ok lepastu, jom gerak.
Hari Ahad so highway tak sibuk sangat. Aku lalu depan KAA, ramainya student. Ada program apa ni. Nampak bas, dah cantik la sekarang.
Aku drive masuk ke kawasan kolej, kebetulan ramai juga parents datang tengok anak.
Rindu pulak nak makan nasi kukus serumpun, entah ada lagi ke tak.
Try cari parking kat sebelah kafe serumpun, takde pulak. Terpandang court depan blok student lelaki.
Kat situ la tempat aku tengok suami (masa tu teman tapi mesra) main futsal. Haha.
Terus la aku masuk moment mengusik jiwa. Berkenalan secara tak sengaja dengan suami masa zaman study. Kad matrik aku tercicir dekat kafe CIMB tu, dia jumpa.
Kad tu kan ada course aku, gigih la dia tunggu depan jabatan aku sebab nak cari aku.
Baru tahu kami ni sama sama duk serumpun. Lagi 1 sem nak habis baru jumpa jodoh. Haha.
Aku ambik gambar sekeliling sebab nanti nak tunjuk dekat suami. Lalu pulak depan Putra Food Court.
Aduhai rindunya kawan kawan. Port lepak masa aku mula mula jadi student. Terasa rasa kuah tomyam PFC lalu kat tekak, suara akak yang panggil ‘nasi goreng kampung bungkus’. Haha kenangan sungguh!
Juga ada kejadian aku terambil nasi bungkus sorang mamat ni, kemain marah dia dekat aku masa tu, dia cakap aku potong line.
Haha sorry laaa ingatkan order aku dah siap masa tu sebab menu sama.
Nak masuk area fakulti tapi kang kena tahan apa aku nak jawab? Takkan nak jawab saya nak mengulit kenangan. Haha.
Takpela aku teruskan perjalanan nak ke Padang (port makan). Tak la lapar sangat tapi saja nak tengok.
Waktu aku study Padang ni kat area parking. Sekarang dah ada tempat sendiri. Banyak kedai baru – Watsons, McD, Zus Coffee, Secret Recipe, Texas. Ke tak baru sangat cuma aku yang lama tak datang? Haha.
Teringat makan cendol dengan kawan kawan kat area situ, burger pakcik yang sedap. Huwaaa rindunya.
Lalu area Flat Ikan pulak – lubuk print dan fotostat. Kedai mamak hujung lot dah takde ganti dengan Speedmart.
Tetiba rasa nak pergi The Mines. Port merayap tanpa tujuan aku dengan 2 orang member baik aku masa zaman student.
Yang kelakar, masa tu makan siap siap dekat kafe so nanti kat sana cuci mata je jimat duit.
Ok la jom drive ke sana. Tak banyak sangat perubahan pada aku – ada la kedai baru.
Nak tengok Mechamato sebab anak sulung aku minat, so kita booking online je.
Jalan la sorang sorang belek baju, belek lipstick. Biasa kalau keluar dengan anak, penat sebab kejar diorang dalam mall. Hehe.
Lepastu singgah Starbucks order Chocolate Cream Chip Frappe. Setahun 2-3 kali je dapat merasa air mahal ni.
Orang cakap banyak lagi pilihan lain lagi murah tapi pada aku yang ni paling sedap di tekak aku. Nikmatnya dapat sedut air tanpa gangguan sekejap.
Sambil tengok sekeliling – tersenyum sorang sorang teringat indahnya zaman bujang.
Ok perut dah lapar nasi, dah tengahari. Makan nasi ayam dekat food court sorang sorang.
Lepastu solat zohor, ready nak tengok wayang. Untuk peminat animasi macam aku, aku enjoy sangat.
Baru teringat nak beli kasut sebab tapak kasut dah haus. Merayap aku sesorang cari kasut. Yeay dah jumpa.
Aku rasa kena keluar dari mall sebab orang makin ramai.
Lalu depan tapak Uptown – dengarnya dah bertahun tutup. Meriah situ dulu dengan student.
Dah masuk asar, aku taktau la kenapa aku drive ke Masjid UPM rasa nak solat situ. Masa minggu orientasi ada bacaan yasin kat sini.
Aku mesej 2 orang kawan baik aku masa zaman study, send location lepastu hantar gambar.
Sorang kat Johor, sorang kat Sabah. Lama tak jumpa tapi tak lupa.
Group Whatsapp jadi meriah kejap. Masing masing dah ada family sendiri. Terima kasih jadi sahabat susah senang. Aku sayang korang.
Ok dah 7 petang. Aku nak gerak balik sebab esok isnin, baju sekolah anak tak gosok lagi.
Aku drive lalu depan IOI Putrajaya. Besarnya mall ni, entah bila nak singgah taktau. Waktu aku study mall ni tak wujud lagi.
Alhamdulillah selamat sampai rumah. Buka pintu terus anak anak jerit ‘mama mama’. Tak sempat duduk, macam macam soalan dah ditanya.
Aku hulurkan set alat tulis yang aku belikan. Anak anak melompat suka.
Aku tengok suami dan tanya – ok ke jaga anak anak? Suami cakap sakit perut pun kena tahan dulu.
Kami sama sama gelak sambil aku cakap ‘haa macam tu la ayang kena. Kihkih.
Aku rindu zaman bujangku – bebas, ada kerjaya . Keluar dengan kawan anytime, anywhere.
Tapi – aku bersyukur bertemu suamiku, dikurniakan 2 zuriat yang mengisi hidupku.
Walaupun terpaksa lepaskan kerjayaku (sebab anak kerap sakit masa kecik) tapi aku bersyukur suami aku baik tak berkira bab duit. Thank you abang.
Aku bahagia dengan keluargaku.
Malam tu aku tidur lena sebab kepenatan. Esok pagi rutin aku sebagai ibu kembali seperti biasa.
Terima kasih kenangan.
Reaksi Warganet
Dina Ryoko –
Kalau ada kesempatan untuk lalu tempat belajar, saya mesti akan lalu pintu depan (untuk Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun) dan masuk melalui jalan jalan kecil dalam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Apabila masuk melalui jalan jalan itu, teringat akan tapak bekas kasut yang pernah menapak di setiap laluan.
Ada kawasan yang dah berubah sedikit, tapi banyak kawasan masih lagi seperti zaman belajar dulu.
Paling tak boleh lupa jalan antara Kolej Burhanudin Helmi dengan Pusanika.
Ada time waktu daun daun berguguran ke lantai jalan, teringat macam diri berada di luar negara menghadapi musim luruh.
Tagline UKM yang ada sampai hari ini itu diperkenalkan sejak zaman saya graduate lagi.
Rindu zaman belajar walhal masa belajar sibuk nak habiskan cepat sebab tak sabar nak pegang duit sendiri. hehe
Norella On –
Baru rasanya malam tadi kami berborak laki bini cerita kenangan masa di uni dulu. Pagi nih baca cerita awak, tersenyum senyum sendiri.
Rindu masa lalu tapi hargai sangat masa sekarang.
Terima kasih Allah UTM kenangan yang indah walau baik atau buruk.
Cik Siti Balqis –
Alahai, baca confession ni terus rasa sayu sebab semua tu dah berlalu.
Zaman bebas ke sana sini tanpa risau anak kat rumah, tak risau anak tercicir kat belakang bila jalan dalam mall, etc.
Tapi masih tetap brsyukur sebab dikurniakn suami yang baik dan anak anak yang comel. Hidup lebih bermakna bila dah berkeluarga.
Takpe kita lepaskan kenangan itu dan hargai apa yang kita ada sekarang
Shafiqah Liyana –
Lahh dah saya menangis ni kenapa ni. Yelah, mungkin dulu saya ada ramai peminat waktu di U.
Tapi sekarang saya ada die hard fan yang sungguh tergila gila kan saya, tak boleh langsung hilang saya, tak boleh kalau tak dengar suara saya, iatu anak anak saya. Dan saya pun cintakan sangat mereka.
Kenangan di U, kenangan indah yang pernah hadir dalam hidup saya. Tapi sekarang saya sedang melakar kenangan abadi bersama mereka yang sangat saya kasihi.
Sumber – Lavender (Bukan nama sebenar) via IIUMC