Watak Sally buat netizen ‘naik hantu’ , tergamak hina warna kulit Hanessya Hanee

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Nama pelakon, Haneesya Hanee kekal menjadi topik perbincangan hangat di media sosial selepas membawakan watak Sally dalam drama Akasia, Aku Bukan Ustazah.

Hanessya kini turut dijadikan sasaran kemarahan netizen yang tidak senang dengan karekter Sally di dalam drama sehingga tergamak menghina warna kulit pelakon itu.

Tampil membela diri, pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan itu mengerti perasaan penonton namun tetap kecewa apabila rupa parasnya dihina.

Oleh yang demikian, pelakon berusia 24 tahun itu memohon agar orang ramai tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan hingga menjadikan dirinya sebagai sasaran.

“Saya fahamlah anda semua sakit hati dengan Sally. Tetapi itu Sally (watak di dalam drama).

Watak Sally buat netizen ‘naik hantu’ , tergamak hina warna kulit Hanessya Hanee

Saya ini bukan Sally. Kalau nak menghina pun, agak-agaklah. Cerita Aku Bukan Ustazah ini memang ‘best’.

“Aku yang berlakon sendiri pun boleh cakap yang cerita ini best, banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Tetapi kau pergi komen macam ini. Sia-sia sahaja buat dosa, tak perlu,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.

Perkongsian itu dimuat naik bagi menjawab komen penonton dan pengguna platform TikTok yang mengatakan bahawa kaum lelaki tidak mengemari wanita berkulit gelap.

Jelas Haneesya lagi, penonton seharusnya mengambil pengajaran yang terdapat di dalam drama berkenaan bukan malah menyerang hal peribadi melibatkan pelakon.

“Ambillah pengajaran atau buat pahala dengan melakukan perkara yang baik. Cuma tonton dan hayati sahaja drama. Tak perlu sampai menghina orang atau menyerang perkara peribadi pelakon.” Ujarnya.

Aku Bukan Ustazah adalah drama adaptasi novel arahan Idora Abdul yang turut dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi pelakon.

Baca juga: “Sebabkan ayah, aku dan mak asyik kena pindah rumah je, tinggalkan rumah sehelai sepinggang je bawa benda penting”