Sebuah kedai pizza telah diarahkan untuk ditutup selepas pihak berkuasa mendapati bahawa ia gagal mencapai piawaian kebersihan yang ditetapkan.
Najis tikus ditemui di dalam kotak pizza semasa pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut di premis tersebut.
Pegawai kesihatan juga mendapati terdapat beberapa lubang di premis tersebut yang membolehkan tikus masuk dan keluar dengan bebas.
Selain itu, makanan yang sudah tamat tempoh turut dibiarkan di belakang peti sejuk, yang menjadi punca kehadiran tikus.
Susulan daripada pemeriksaan mengejut tersebut, kedai pizza tersebut diberikan notis amaran dan didenda oleh pihak berkuasa.
Mereka didakwa atas tiga kesalahan iaitu gagal menjaga kebersihan premis, mengabaikan kehadiran haiwan perosak, dan gagal menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk kakitangan mencuci tangan.
Jumlah penalti keseluruhan yang dikenakan ke atas premis pizza di Chapel Street di Prescot, Merseyside, England, ialah sebanyak RM215,675.59.
BACA: ‘Sedar-sedar, isteri meraung sambil lap darah’, Mawi dedah pernah mati 15 minit