“Dah macam-macam doa aku doakan suami, tapi dia tetap dengan tak solat, dengan perangai tak kisahnya dengan keluarga”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Assalamualaikum semua, terima kasih sudi membaca. Saya seorang suri rumah berusia 25 tahun untuk 2024. Perkahwinan yang masuk tahun

Yaa saya tahu memang banyak ujian diawal perkahwinan. Tapi kita boleh ubah kalau kita nak, tapi kalau sorang je beria tak jadi apa kan.

Suami saya anak sulung dan kami dikurniakan cahaya mata sekarang dah masuk 3 tahun. Keluarga yang lengkap.

Suami saya ni spesis yang akan diam bila dia rasa tu tak penting dan buat buat dengar padahal tak faham apa pun yang disampaikan kepadanya.

Dulu yaa saya fikir ohhh mungkin macam ni perangai anak sulung.

"Dah macam-macam doa aku doakan suami, tapi dia tetap dengan tak solat, dengan perangai tak kisahnya dengan keluarga"

Tapi nak dibandingkan dengan abg sulung saya yang selalu makan basuh pinggan cuci baju masak boleh buat sendiri tanpa disuruh.

Beza dengan suami saya sepanjang berkahwin langsung tak ringan tangan nak menolong jangankan kemas rumah jaga anak pun kena suruh.

Memang la dia buat tapi faham tak, penat lah asyik2 nak cakap ulang benda yang sama setiap hari, tak boleh ka ingat sikit oh kena tolong bini jaga anak ni nak bagi isteri rehat sikit. Itu yang diimpikan tapi tak pernah merasa.

Sebelum korang kecam saya, ya saya dah pernah bincang hal ni, bukan sekali bukan dua kali dah berkali kali. Tapi masih sama kena ulang2 benda tu selalu. Entah la nak kata dia tak baik dia okey, selalu je bergurau dengan saya. Cuma bab tolong menolong langsung tak boleh diharap.

Lagi satu bab duit dia kedekut dengan anak bini. Tapi beli barang mancing dia sampai duit licin dalam bank. Bab makan dia okey tapi kalau bab nak beli mainan ke nak beli baju ke dia berkira walaupun benda tu lima ringgit dia dah kata mengarut.

Tapi yang saya paling tawar hati bab tolong menolong la. Sebab saya bukan duduk saja dalam rumah dari bangun tido subuh sampai la ke malam pukul 10 malam baru saya rehat. Betul ada yang kata kalau larat buat kalau tak larat biar je.

Tapi sampai bila nak biar?. Biar pun ada orang nak tolong ke? Last last penat sendiri urus buat banyak benda sekali gus. Saya ni hari hari tau rasa tawar hati esok rasa lagi tawar hati. Sampaikan nak bersama pun saya rasa malas. Mental fizikal saya sangat2 lemah.

Saya pernah rasa satu tahap nak bawak anak lari dari rumah, pernah pukul anak sampai teresak esak menangisnya. Ya Allah saya tanak buat macam tu tapi saya memang burn out sangat. Lama2 sekali datang fikiran nak berpisah.

Saya dah baca doa macam2 kat suami tapi dia tetap dengan tak solat tetap dengan perangai tak kisahnya. Saya tengok adiknya kahwin dengan janda pun dilayan elok macam permaisuri. Saya ni dilayan macam kena kutip.

Dah layan macam tu. Keluar mana2 atau pergi mana2 tak pernah nya dia nak pegang tangan atau duduk dekat2 dengan saya. Jangankan pegang tangan gambar saya atau anak langsung tak pernah post dekat mana2.

Kadang saya fikir dia ada orang lain. Tapi lock fon dia password apa2 semua saya tau. Semua saya dah buka tengok cek semua memang takda apa2.

Tapi entah saya ni rasa kosong dengan takda tempat mengadunya. Rasa tekanan dengan hidup menangis sorang2 harap ada yang datang peluk bagi semangat tapi hanya pujuk diri sendiri.

Saya masih sayangkan suami dan keluarga saya cumanya titik tawar hati tu hari hari ada. Hari hari terasa. Apa perlu saya buat masa sekarang pendam menangis stress sorang2 berperang dengan hati. Ni ke ujian 5 tahun awal perkahwinan. Ya Allah kuatkan aku.

Sebenarnya panjang lagi dan banyak lagi saya nak cerita. Tapi bila diingatkan balik terlalu perit nak ditelan. Terima kasih semua kerana membaca luahan saya.

– Nor (Bukan nama sebenar)

BACA: “Selesai bertanyakan hal kesihatan isteri, aku terus ajukan soalan pasal whatsapp tu, pucat terus muka isteri aku”