Didakwa Bella Astillah dah berbaik dengan Aliff Aziz, sekali tuan badan buka mulut

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Penyanyi Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai dakwaan bahawa dia telah kembali berbaik dengan suaminya, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IS Story), Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31,

Dia meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan berita tidak sahih berhubung rumah tangganya.

“Izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini (Isnin) di beberapa media. Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual

sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini. Jawab salah, tak jawab lagi lah dikata sombong.

Didakwa Bella Astillah dah berbaik dengan Aliff Aziz, sekali tuan badan buka mulut

Bila wakil saya jawab, macam ni lah jadinya. Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media tapi tolong hormat juga empunya badan,” tulis Bella.

Bella juga menegaskan, meskipun dia mendiamkan diri, tidak bermaksud apa yang dihebahkan itu adalah benar. Sebaliknya, Bella mengakui bahawa dia kini sedang cuba menjalani kehidupannya dengan tenang.

“Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam Bella.

Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya hormat kerja rakan media.”

Terdahulu, media melaporkan Bella memilih untuk berdiam diri berhubung dakwaan bahawa dia telah berbaik dengan Aliff Aziz.

Dalam laporan tersebut, pengurus Bella iaitu Umi Atiqah memberitahu bahawa segala kenyataan akan dimaklumkan sendiri oleh Bella selepas kes mahkamah selesai.

BACA: “Aku terlalu gembira dapat kahwin dua, sekali rancangan isteri pertama buat aku terduduk”