Ada satu rakaman CCTV yang viral baru-baru ini menunjukkan seorang pencuri cuba memecahkan peti tabung di sebuah masjid.
Video ini dikongsikan oleh pengguna TikTok @imyourzsz.
Dalam video tersebut, pencuri tersebut masuk ke kawasan masjid dengan bertujuan mengumpil sebuah peti kecil yang terletak di sebelah kiri.
Selepas berjaya membukanya, dia dapati peti tersebut tidak mengandungi wang tetapi dipenuhi dengan kertas-kertas cadangan yang diisi oleh ahli kariah.
Kerana kecewa dengan hasil tersebut, pencuri itu kemudian mengalihkan perhatiannya kepada peti yang lebih besar dan mengumpil mangga tersebut.
Tidak lama kemudian, mangga itu dikatakan berbunyi, dan ini menyebabkan pencuri tersebut terkejut dan lari meninggalkan kawasan masjid.
Kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah masjid di kawasan Bangi. Ramai yang merasakan geli hati melihat video tersebut, dan netizen berpendapat bahawa kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu untuk membantu dalam kehidupan.
Lihat siaran ini di Instagram
Ada juga yang berpendapat bahawa rakaman CCTV itu mungkin merupakan promosi untuk kunci mangga yang dilengkapi dengan penggera untuk menghalang cubaan pecahan.