Patutlah kebanyakan kapal terbang berwarna putih, bukan saja-saja rupanya

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Kapal terbang menjadi salah satu pilihan pengangkutan utama untuk perjalanan jarak jauh, sama ada di dalam negara atau ke luar negara.

Namun, tahukah anda bahawa kebanyakan kapal terbang berwarna putih?

Ya, walaupun ada variasi warna lain untuk jalur dan nama, warna asas kapal terbang kebanyakannya adalah putih.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan pesawat terbang berwarna putih. Satu daripadanya adalah faktor terma.

Warna putih mempunyai kelebihan dalam hal ini. Ia memudahkan proses pemeriksaan untuk mengesan keretakan dan penyok.

Patutlah kebanyakan kapal terbang berwarna putih, bukan saja-saja rupanya

Warna putih juga merupakan penyerap haba yang lebih rendah berbanding warna gelap.

Ini membantu mengurangkan suhu dalam pesawat, yang boleh meningkat dengan cepat kerana dekat dengan cahaya matahari.

Selain itu, warna putih juga memudahkan pengesanan kerosakan seperti kebocoran minyak sebelum penerbangan dilakukan. Warna putih juga memudahkan pengesanan pesawat terlibat dalam kemalangan, terutamanya pada waktu malam atau di dalam air yang dalam.

Keputusan menggunakan warna putih juga membantu mengurangkan kos, sambil memberi imej jenama yang bersih. Warna ini juga tahan lama dan tidak mudah pudar, meskipun pesawat terdedah kepada pelbagai keadaan atmosfera.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pesawat yang berwarna lain, bergantung kepada faktor seperti imej jenama.

BACA: “Aku jatuh cinta dengan pekerja isteri di kedai jahit dia, member aku cucuk kahwin lagi, tak salah poligami, aku terus nampak kekurangan isteri”